Monday, September 26, 2016

Ahli PBMM Mula Mengeluh, Muhyiddin Semakin Lesu



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan semakin lesu walaupun telah hampir sebulan ditubuhkan.

Selain ahli yang baharu berdaftar, kegusaran itu turut disuarakan oleh orang-orang kuat parti yang menyifatkan momentum semakin menurun hari demi hari.


Malah mereka turut membandingkan PPBM dengan PKR yang dikatakan mempunyai gerakan yang lebih tersusun di awal penubuhannya.

"Apa yang kami boleh katakan, Tan Sri (Muhyiddin) bukanlah seorang pemimpin hebat seperti yang dihebahkan.

"Ternyata Bersatu (PPBM) dilihat semakin tidak bermaya kerana tiada program-program besar dan hebat yang dirangka untuk menarik lebih ramai ahli seperti yang kami harapkan," kata salah seorang tenaga pengerak parti itu.

Beliau yang meminta namanya dirahsiakan turut menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Muhyiddin sebagai Presiden adalah satu tindakan yang kurang tepat.

"Kalau kita perhatikan PKR diawal penubuhannya, Anwar berjaya merangka pelbagai program dan ceramah sehingga ramai yang terpegun dengan gelombang rakyat ketika itu.

"Malah Tan Sri sendiri adakalanya enggan hadir dalam program-program ceramah yang kami anjurkan dengan alasan sibuk, padahal ia bertujuan untuk menarik sokongan rakyat.

"Kalau Presiden sendiri malas yang turun ceramah macam mana nak tarik ahli dan mungkin hasrat untuk menajatuhkan Najib dalam PRU hanya merupakan angan-angan kosong," bidasnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, PPBM pada ketika ini hanya mengharapkan Mahathir sebagai daya penarik, berbanding Muhyiddin yang lebih gemar untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment