Wednesday, September 14, 2016

Husni: Stress Pasal Bini, Katalah Stress Pasal 1MDB


Selepas menyepi buat sekian lama, Husni Hanadzlah muncul dengan kenyataan politik yang memang dinanti-nanti penyokong pembangkang untuk diputar belit dimana perlu.

Memang, sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal 1MDB ini, apa pun yang keluar dari mulut Husni, betul atau tidak, akan diputar belit untuk mencemarkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan inilah yang terjadi bila Husni secara terbuka dalam sdatu temubual dengan Sinar Harian, mengaku bahawa dia begitu tertekan (stress) dalam isu 1MDB ini ketika menjadi Menteri Kewangan 2.  

Tapi dalam interview yang sama, Husni turut mengaku dia selesa menjadi Menteri Kewangan 2 - yang antara lain menjadi jurucakap kerajaan dalam isu 1MDB.

Jadi sebenarnya stress ke tak stress si Husni dalam isu 1MDB ni? Kalau stress kenapa masih nak kekal sebagai Menteri Kewangan 2, bukan nanti nak kena hadap isu 1MDB lagi ke?  Lagipun, ada ura-ura perletakan jawatan Husni kerana merajuk akibat nak ditukar ke Kementerian lain, itu yang merajuk lain macam.

Bukan sahaja letakj awatan Menteri, bahkan semua jawatan dalam UMNO (kecuali ahli parlimen).

Kita juga difahamkan Husni baru menikah muda.  Adakah masalah dengan bini no1 yang menyebabkan stress ini tapi 1MDB yang dipersalahkan?

Berterus teranglah Husni, sudah-sudahlah main politik tak habis-habis tu.

No comments:

Post a Comment