Seperti kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal laut luas jangan diduga.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan dikatakan bakal berdepan dengan badai buat kali pertama.
Ia ekoran rasa kurang senang dikalangan ahli terutamannya penyokong tegar Mahathir yang mendakwa Muhyiddin lebih gemar membuat keputusan sendiri dan menganggap parti itu hak milik persendiriannya.
Malah mereka turut mendakwa Muhyiddin enggan berbincang dengan jawatankuasa tertinggi parti termasuk dengan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin turut dikatakan mula mengamalkan sikap pilih kasih dengan melantik 'orang-orangnya' sebagai penjawat ahli sekaligus mengenepikan “orang Mahathir”.
Muhyiddin mahu mengawal parti itu keseluruhannya, malah dia turut dilihat mahu mengenepikan kami terutamanya penyokong Mahathir dalam parti.
“Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM,” ujar salah seorang ahli jawatankuasa parti itu yang mahu identitinya dirahsiakan.
Dia turut mendakwa ekoran sikap 'pelik' Muhyiddin itu ramai yang telah mula menzahirkan rasa kecewa antaranya bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Paling mengejutkan Khairuddin dijangka akan menyertai sama ada DAP atau PKR bagi meneruskan gerakannya menyerang Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment