Wednesday, September 14, 2016

Otak Muhyiddin Makin Rosak, Demi Kuasa Sanggup Khianati UMNO



Ramai yang terkejut dengan kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat kejatuhan Barisan Nasional dan UMNO.

Paling pelik apabila Muhyiddin turut menegaskan sanggup untuk membebaskan Datuk Seri Anwar dari penjara demi untuk memastikan dirinya berjaya memperolehi kuasa.



Muhyiddin ketika menghadiri seminar anjuran PKR semalam berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudi bekerjasama dengan parti pembangkang untuk memastikan matlamat itu tercapai.

“Kita perlukan reformasi sistem pilihan raya yang radikal untuk membebaskan semua rakyat Malaysia. Hanya melalui penukaran kemudi, kita akan dapat tentukan nasib Anwar.

“Kita tak boleh harapkan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) untuk bebaskan Anwar,” katanya memetik laporan sebuah akhbar hari ini.

Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin turut melahirkan rasa simpatinya terhadap Anwar yang dikatakan terpaksa mengharungi lima tahun di penjara.

Persoalannya mengapa ketika berada di dalam kerajaan dan memegang jawatan sebagai orang no 2 dalam negara, Muhyiddin tidak membangkitkan mengenai isu ini.

Malah ketika itu, Muhyiddin turut mengkritik Anwar atas dakwaan melakukan seks luar tabii.

Hanya selepas ditendang dari kabinet dan dipecat dari UMNO, baru Muhyiddin membangkitkan mengenai isu tersebut.

Bukankah itu sudah cukup membuktikan dirinya sebagai seorang yang hipokrik dan bermuka-muka.

Untuk rekod Anwar telah disabit bersalah dengan tuduhan liwat pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 10 Februari tahun lepas, rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan temui kegagalan selepas mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, dan beliau disabit kesalahan lima tahun penjara kerana salah laku seks terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

No comments:

Post a Comment