Monday, September 5, 2016

Yang Bankrap Anak Daim, Bukan Kerajaan Malaysia


Difahamkan mesej Whatsapp menggunakan nama Daim Zainudin kononnya kerajaan Malaysia akan bankrap tahun depan, sebetulnya palsu, bukan Daim pun yang hantar.

Kita baca pun dah boleh agak bukan Daim tulis.  Alasan kukuh senang kata bukan Daim tulis ialah, Daim tak boleh halang anak dia dari diisytihar bankrap pun, apa lagi nak ramal konon negara ni bankrap pulak.

Anak Daim,Wira Dani diisytihar muflis oleh sebuah mahkamah Singapura kerana kegagalan membayar hutang melebihi 1 juta Sing Dollar.

Lagipun Daim ni orang yang berpihak dan apa nak diharapkan dia bagi pandangan yang bebas dan adil?  Dah banyak kali Najib tolong dia pun, dia masih macam itu juga, hamba kepada duit dan dirinya sendiri.


Hubungan dia dengan Mahathir saling guna menggunakan, tak lebih dari itu.

Rakyat perlu berhenti beriman dengan media sosial.  Tapis-tapislah apa yang dibaca tu, dan paling penting, toksah sebar kalau tak pasti.  Nak pastikan diri sendiri tak bankrap pun ada yang tak mampu, nak komen pasal negara bankrap macam mana?

Berfikirlah.

No comments:

Post a Comment