Friday, September 23, 2016

Rakyat Sabah Benci Mahathir Sebab Tu Shafie Buat Parti Baru?


Tidak dapat dinafikan Mahathir telah banyak membawa kerosakan dibumi Sabah sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Bagi orang-orang lama Sabah, keburukan terbesar Mahathir (selain projek IC) ialah apabila membawa masuk UMNO ke negeri itu pada tahun 1994 dan hampir mematikan parti-parti tempatan Sabah yang menguasai politik negeri itu buat sekian lama.

Tindakan DAP dan PKR bertapak di negeri tersebut tidak lama selepas itu, bagaimanapun mengubah sikit demi sedikit pandangan orang Sabah mengenai kemasukan politik dari Semenanjung, bagaimanapun mereka masih tidak memaafkan Mahathir kerana memulakan perkara tersebut.

Maka tidak hairan, antara orang kepercayaan Mahathir, Shafie Afdal, dalam usaha meneruskan karier politiknya, tidak pun menyertai parti baru yang diasaskan Mahathir - PPBM, sebaliknya bakal menubuhkan parti baru di Sabah.

Sudah tentu ini bukti bahawa jenama Mahathir tidak diterima rakyat Sabah selain Shafie yang tidak ada kedudukan selayaknya dalam PPBM, memandangkan 2 jawatan tertinggi telah diisi masing-masing Muhyiddin dan anak Mahathir sendiri, Mukhriz.


Bekas Timbalan Presiden UMNO jadi Presiden PPBM, bekas Menteri Besar jadi Timbalan Presiden takkan dia bekas Naib Presiden UMNO nak jadi Naib Presiden PPBM juga?  Lainlah kalau PPBM ada 2 jawatan Timbalan Presiden yang mana mustahil sebab berlawanan dengan hajat Mahathir untuk jadikan anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri.

Tapi yang lebih penting penulis rasa, dengan menubuhkan parti sendiri, dapat membolehkan Shafie berada di luar kawalan Mahathir berbanding kalau dia duduk dalam PPBM.  Apa pun tak boleh buat, hanya ikut apa cakap Mahathir sahaja sedangkan pengetahuan Mahathir dalam politik Sabah tidak sehebat Shafie.

No comments:

Post a Comment