Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata seorang perdana menteri tidak seharusnya menjadi Menteri Kewangan kerana menyifatkan ia bakal membuka ruang kepada salah guna kuasa.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun ketika menyampaikan syarahan di
London, Rabu lalu berkata usaha perlu dilakukan bagi menghalang seorang perdana menteri memegang portfolio
menteri kewangan.
"Perdana menteri tidak sepatutnya menjadi menteri kewangan.
"Kita perlu meletakkan halangan darupada membenarkan perdana menteri
menjadi menteri kewangan," katanya memetik laporan yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal (WSJ).
Persoalannya mengapakah ketika regim pemerintahan beliau perkara seperti ini tidak diguna pakai?
Bukankah kenyataan itu jelas membuktikan wujud salah guna ketika pemerintahan beliau sehingga membolehkan anak-anaknya meraih keuntungan berbilion ringgit dan dinobatkan sebagai antara individu paling kaya di negara ini.
Betullah katanya suatu ketika dahulu, Melayu ini merupakan bangsa yang mudah lupa, kerana kadangkala mereka terlupa apa yang pernah dilakukan oleh Mahathir.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment