Wednesday, September 16, 2015

Raja Arab Saudi Malukan Mahathir!!!


Ketika ramai mempertikaikan kekayaan dan kemurahan hati negara-negara Arab ini terutama dalam bab memberi derma, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman semalam mengumumkan sumbangan wang sebanyak RM 1.14 juta untuk setiap mangsa yang meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal dalam kejadian kren runtuh mengorbankan ratusan jemaah haji minggu lepas,

Pengumuman ini merupakan satu tamparan yang hebat ke muka pemimpin pembangkang seperti Mahathir kerana dia pernah berkata Arab ini tidak mungkin memberi wang yang banyak bila mengulas derma politik RM 2.6 billion yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013,

Nah, sekarang Raja Salman dah umum derma sebegini besar untuk setiap mangsa dalam kejadian itu, apa agaknya Mahathir nak kata?  

Walaupun ini sumbangan kerajaan Arab Saudi, tapi kita perlu ingat, pemerintahan di negara itu adalah pemerintahan beraja mutlak.  Justeru, kalau nak kata ini keputusan peribadi Raja Salman pun tak mengapa sebab baginda sememangnya berkuasa penuh di negara itu.

Jangan samakan macam disini dimana sumbangan dari kerajaan adalah diambil dari wang kerajaan yang kemudiannya ditafsir sebagai wang rakyat!!

Mahathir patut malu dan meminta maaf kepada Najib.

1 comment:

  1. Mahathir dah tua jadi pengkhianat Melayu. Sejak kawan baik dia Lee Kuan Yew mati, Mahathir mudah lupa. Dulu cakap lain sekarang cakap lain. Contoh; suruh sunni terima syiah sebagai muslim.

    ReplyDelete