Monday, September 28, 2015

Mokhzani Miliki 18 Kereta Mewah Bernilai Lebih RM36 juta, Apa Kata Mahathir?


Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.

Selain itu Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir turut dilaporkan memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.

Namun sehingga kini Dr Mahathir masih mengambil pendekatan berdiam diri tanpa menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang di luar kemampuan sebenar.

Itu hanyalah melibatkan harga kereta yang dimiliki Mohkzani tidak termasuk termasuk rumah dan aset lain.

Belum lagi dikira kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz.

Sebelum ini Dr Mahathir lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan anak sendiri tidak diperlaku sedemikian.

Sebelum ini beliau pernah berkata, saya (Dr Mahathir) tidak ada duit tapi apakah kekayaan anaknya ini menunjukkan keluarganya tidak berduit?.

Dr Mahathir sentiasa menuduh dan bercakap keburukan orang lain tetapi beliau sendiri mempunyai masalah tersendiri. Lupa nak tegur keluarga sendiri.

Sudah tiba masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak polis untuk menyiasat hasil kekayaan luar biasa dalam tempoh yang singkat anak bekas Perdana Menteri itu.

No comments:

Post a Comment