Mahathir ni betul-betul bagi malu bangsa tau, dah 30 tahun Proton beroperasi, masih mahu bergantung kepada kerajaan untuk berkembang. Ini bagi mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini yang menyalahkan kerajaan kerana tidak membantu Proton.
Sedangkan dalam masa yang sama, kita ada syarikat kereta seperti Perodua dan Naza yang diiktiraf sebagai kenderaan nasional tapi tidak pulak merengek-rengek seperti Proton yang kini dipengerusikan Mahathir.
Kenapa Mahathir tidak mahu ulas tentang kejayaan Perodua? Perodua 10 tahun lebih muda daripada Proton tapi menguasai hampir 40% jualan kenderaan dalam negara, sedangkan Proton masih terkial-kial nak naik.
Model barunya Proton Iriz, tidak mendapat sambutan seperti mana model Axia ysng dikeluarkan Perodua sekalipun Mahathir terkial-kial memperomosikan kenderaan itu, masih tidak laku. Apa silapnya disitu, kerajaan ke? Kalau kerajaan, kenapa Axia laku?
Silapnya terletak kepada Mahathir. Kemasukan Mahathir sebagai Pengerusi Proton telah menjadikan syarikat itu berada dibawah telunjuknya. Menurut informasinya, pengurusan Proton hampir tidak ada kuasa,ctidak ada kata, segalanya diputuskan oleh Mahathir.
Tak siapa pulak yang berani nak membantah Mahathir kerana pemilik DRB-Hicom. Syed Mukhtar Al-Bukhari adalah Melayu yang kaya hasil jasa Mahathir. Jadi mereka membiarkan Mahathir menentukan ke arah mana Proton nak pergi. Tua 90 tahun nak tentu hala tuju syarikat? Faham sajalah kenapa jadi macam sekarang.
Apa pilihan ada lagi.
Dan sebagai mana Mahathir memerintah Malaysia secara kuku besi, macam itu jugalah Proton diperlakukannya. Keutamaan Mahathir masih kepada kroni-kroni dan anak-anak buah Siti Hasmah yang menjadi pembekal Proton.
Kasihan Proton dibawah Mahathir.
No comments:
Post a Comment