Bagi seorang penggiat media sosial yang sangat aktif, agak aneh bila Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaludin ini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kekalahan besar pasukan Malaysia di tangan UAE iaitu sebanyak 10-0.
Mungkinkah dia malu sebab 'peranan'nya dalam FAM.
Sekalipun kita tahu FAM adalah entiti tersendiri tapi kita bukan tidak tahu Khairy ada letak orangnya dalam setiap persatuan sukan utama dpercayai untuk mengekalkan kuasanya dalam semua persatuan sukan terbabit iaitu Norza Zakaria.
Hanya Norza saja satu-satunya manusia dalam sejarah Malaysia ini yang namanya boleh dilihat di sekurang-kurangnya 2 persatuan sukan utama negara kita iaitu badminton dan bolasepak. Norza adalah bendahari FAM dan Timbalan Presiden Persekutuan BAM.
Dia juga adalah Timbalan Presiden MOM, Pengerusi ISN dan beberapa jawatan lain lagi dalam kelab dan persatuan sukan. Kedudukan strategik Norza dalam sukan-sukan ini semua kita percaya bukan terjadi begitu saja tapi hasil perancangan yang teliti KJ untuk mengawal persatuan-persatuan sukan yang berkenaan.
Erti kata lain, KJ memang campur tangan dalam sukan cuma bukan menggunakan dirinya tapi orang lain dan orang lain itu adalah Norza.
Jadi kekalahan 10-0 pasukan Malaysia di tangan UAE ini boleh dikaitkan dengan KJ sebab memang dia sepanjang masa mengawal FAM melalui Norza.
Kalau kat negara Jepun ke Korea ke,dah lama menteri mcm KJ ni letak jawatan ,malunya.......
ReplyDelete