Tuesday, September 15, 2015

Hala Tuju Khairudin Dalam Isu 1MDB & Bila Dia Nak Ditangkap?


Masa isu 1MDB ini mula-mula meletup dulu, persepsinya ialah dana syarikat itu telah digunakan untuk tujuan yang tidak baik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Plotnya bernilai RM 2 billion ini dirancang begini - mula mula Mahathir buka mulut, lepas tu kononnya ada sambungan dari dalam UMNO yang membantah 'salah laku' ini dan orang yang dipilih ialah Khairudin, yang ketika itu menjawat jawatan Naib Ketua Bahagan UMNO Batu Kawan.

Tak lama selepas itu Khairudin diisytihar bankrap kerana gagal bayar hutang, rumahnya dilelong dan jawatannya dalam UMNO hilang.  Dalam secepat kilat juga, status bankrap Khairudin tiba-tiba ditarik balik dan dia bebas keluar negara, macam orang tak bankrap.

Misteri yang itu masih tak selesai sampai sekarang tapi ramai percaya wang menyelamatkan Khairudin diambil dari dana RM 2 billion yang diperuntukkan untuk menjatuhkan Najib.

Begitu pedulikanlah yang itu, yang penting sekarang ialah ke mana halatuju Khairudin dalam isu 1MDB ini lagi bila tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan ada dana syarikat itu yang diselewengkan.

Oleh itu persoalannya sekarang, kemana halatuju perjuangan Khairudin dalam isu 1MDB ini lagi bila tidak ada bukti yang menunjukkan ada sebarang penyelewengan dana dari syarikat itu oleh Perdana Menteri.

Khairudin pula yang terpaksa bersusah payah menjelajah ke beberapa negara, membuat laporan mengenai kononnya penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.  Modus operandinya sama macam Suaram dalam 'skandal' Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Yang penting sekali, bila Khairudin ni nak ditangkap kerana cuba menjatuhkan kerajaan dengan fakta palsu berkaitan 1MDB?  Lama sangat dia duduk luar buat onar tu.

No comments:

Post a Comment