Tuesday, September 29, 2015

Cukup-Cukuplah Mahathir Bodohkan Rakyat


Tun Mahathir Mohamad dilihat semakin membosankan didalam isu serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak. Tulisan di blognya juga semakin terpesong dari arah tujuan yang sebenar sebelum ini iaitu kononnya mahu membela nasib rakyat.


Tak keterlaluan dikatakan bahawa Mahathir sebenarnya memerlukan rawatan dari Pakar Psikiatri kerana beliau kini dilihat semakin terdesak sehinggakan adakalanya apa yang diucapkan dan dilakukan oleh beliau sangat memalukan. 

Sebagai contoh, Mahathir yang sebelum ini menentang hebat demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan pemimpin, kini turut serta berdemonstrasi bagi menggulingkan Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini perbuatan yang waras dilakukan oleh seorang yang digelar Negarawan?

Kini, semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa semua kekalutan didalam negara sejak akhir-akhir ini adalah berpunca dari Mahathir sendiri. Cuma penyokong yang taksub serta penjilat yang setia kepada bekas Perdana Menteri itu sahaja yang masih belum mahu mengakui ha tersebut.

Mahathir kini dianggap sebagai pelawak antarabangsa di usia tuanya. Ramai yang beranggapan bahawa Mahathir harus dikenang jasanya yang memajukan Malaysia, tetapi tak ramai yang sedar bahawa Mahathir dibayar gaji untuk membawa Malaysia seperti sekarang. Bukan Mahathir melakukannya secara sukarela.

Memang wajar jasa-jasa Mahathir dikenang, tetapi ia tidak sampai ke tahap menjadikan bapa kepada Mukhriz itu sebagai maksum. Mahathir juga insan biasa seperti kita yang banyak melakukan dosa. Dan kritikan terhadap Mahathir apabila beliau terkhilaf amatlah perlu kerana jika dibiarkan, Mahathir mungkin berasakan dia saja yang betul.

Amat memalukan jika Mahathir berlagak seperti hanya dia yang pandai dan hanya dia yang tahu segala-galanya walaupun terbukti berulang kali beliau salah didalam percaturan. Apa rasionalnya Mahathir mendakwa ekonomi negara hanya akan pulih jika Perdana Menteri sekarang meletakkan jawatan? Apakah Mahathir kini sudah mampu meramal masa depan?

Rakyat Malaysia sekarang bukannya bodoh dan kurang mendapat maklumat berkenaan ekonomi seperti di zaman pemerintahan Mahathir dahulu. Rakyat kini sudah tidak lagi mudah diperbodohkan dengan politik kuno zaman Mahathir dan Daim Zainuddin.

Majoriti rakyat mengetahui bahawa ekonomi Malaysia bergantung kepada harga minyak antarabangsa serta harga komoditi minyak sawit mentah. Dan kini kedua-dua elemen yang mempengaruhi ekonomi Malaysia tersebut telah mengalami penurunan akibat dari kecelaruan ekonomi global.

Bagaimana perletakkan jawatan Najib mampu menaikkan semula harga minyak antarabangsa dan juga harga minyak sawit dunia, sekaligus memulihkan ekonomi Malaysia? Apakah Najib begitu berkuasa sehingga harga pasaran minyak-minyak dunia ditentukan oleh beliau?

Rakyat juga sedar bahawa ringgit tidak kukuh dimasa kini berikutan dari tindakan Amerika Syarikat yang membeli semula Dollar bagi mengukuhkan kewangan negara mereka. Tindakan tersebut amat biasa kerana Amerika juga amat bergantung kepada pasaran harga minyak dunia.

Jadi dimanakah rasionalnya "ramalan" Mahathir yang mengatakan ekonomi Malaysia hanya akan pulih jika Najib meletakkan jawatan? Bukan Najib yang menentukan turun naiknya nilai Ringgit Malaysia di pasaran antarabangsa. Dan sudah tentunya bukan Mahathir juga.

Kesimpulannya, "kegilaan" Mahathir didalam mereka cipta fitnah untuk memusnahkan negara ni haruslah dihentikan dengan segera. Bukan dengan tindakan menangkap beliau seperti penjenayah, tetapi rakyat harus berhenti ambil peduli apa yang beliau meroyankan.

Cukup-cukuplah selama 22 tahun dibayar gaji oleh rakyat untuk mentadbir negara. Sekarang rakyat sudah memilih untuk menyerahkan tanggungjawab memimpin negara kepada DS Najib Razak pula. Diharap Mahathir redha dan menerima ketentuan dari Allah SWT. 

 Janganlah menjadi seperti anjing yang menyalak bukit.., Bukit tak berganjak, diri sendiri nanti yang penat pula. Nanti sendiri juga yang malu akhirnya.

No comments:

Post a Comment