Monday, September 21, 2015

Khairuddin Antara Dalang Anwar Dipenjara, Kini Dianggap Hero



Bila menyebut nama Khairuddin Hassan kini tergambar dia kononya hero hebat yang berani dan jujur. Dia menjadi hero kerana dikalangan pembangkang termasuk PKR mengangkatnya sebagai hero kerana termakan dengan lakonanya. Tanpa bersembunyi dia turut menemui beberapa pemimpin pembangkang untuk projek menaikkan imejnya.

 

Namun apa yang pembangkang lupa, Khairuddin adalah orang yang bertangungjawab membiayai buku 50 Dalil yang menjadi punca Anwar Ibrahim dipenjarakan. Apakah dengan sokongan yang diberikan itu, menunjukkan pembangkang turut bersetuju dengan semua dakwaan yang terkandung dalam buku tersebut?

Khairuddin memang terkenal sebagai ahli politik yang cekap mencari makan di dalam Umno. Ini kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Abdullah Badawi dan antara yang sangat rapat dengan Mahathir.

Dia mendakwa kononya dimufliskan kerana melawan Perdana Menteri sedangkan pada hakikatnya dia muflis kerana tidak mampu membayar hutangnya. Malah umum turut mengakui Khairuddin terkenal dengan gaya hidup mewah seperti berkahwin artis, majlis perkahwinan ala anak raja, bergaya sakan dengan perbagai hiasan yang maha antara punca hidupnya dikelilingi hutang yang akhirnya tidak mampu dibayar sehingga menyebabkan dia bankrap.

Namun, disaat bangkrap dan dikelilingi hutang yang berjuta, dia masih mampu mengadakan lawatan ke seluruh dunia untuk membuat laporan. Persoalannya siapa yang menaja beliau 'melancong'?
paling menarik setelah berhabis puluhan ribu ketika misi tersebut, semua dokumen yang dilampirkan dalam laporannya merupakan dokumen yang dipalsukan.


Malah dua hari lepas Khairuddin turut sempat berjumpa dengan seorang lelaki warga asing di Hotel Eastin, PJ. Menurut sumber gerak geri  lelaki dan Khairuddin amat pelik seperti tidak memandang ketika bercakap. Timbul persoalan siapa lelaki ini dan adakah berlaku 'hulur envelope' dalam pertemuan tersebut. Keesokannya selepas perjumpaan tersebut Khairuddin membuat kenyataan dihalang imegresen ke luar negara namun dalam kenyatan tersebut dia tidak mendedahkan perihal sebuah jet mewah yang disediakan sebagai pengangkutannya dalam melaksanakan misi mengulinkan Najib.

Ironinya agen Mahathir ini cuba mengambarkan kononnua kerajaan bertindak kejam dan zalim kerana cuba menghalang perjalanannya. Namun apa yang dia lupa kezaliman Mahathir ketika memerintah yang jauh lebih zalim dan jahat. Ketika regim pemerintahan Mahathir, musuh politiknya bukan sahaja dihalang ke laur negara, ada yang disekat dari membuat kenyataan dengan pelbagai kawalan ketat malah mereka turut dihumban ke dalam penjara tanpa sebarang pendakwaan

No comments:

Post a Comment