Cara Menteri Belia & Sukan ini memang begitu, bila ada perkara viral yang boleh menjejaskannya, dia akan cepat respon ddan mencari pihak mana yang nak disalahkan.
Dulu lagi kita dah perasan, memang macam itulah dia. Kalau ada hal politik yang memerlukan respon segera dari dia, sama ada berlengah atau buat bodoh macam itu sajalah.
Cakap pasal FAM ni, ada saja yang tak kena di matanya sejak projek MyTeam nya gagal. Kalah 10-0 salah, bila kalah 2-1 sahaja, kekecohan yang tercetus pulak jadi kesalahannya, pendek kata mesti ada benda yang tak kena dimata dia.
Patutnya perkara ini dikendalikan secara berasingan, bukan di lump sump sekaligus. Prestas pemain dengan 'prestasi' penonton, itu dua perkara berbeza. Sekalipun ada tanggungjawab FAM dimana-mana, tapi bukan FAM saja, pihak polis dan pengurusan Stadium (diketuai kroni dia), pun ada tanggungjawab juga.
Kenapa hanya satu pihak ini (FAM) saja yang disalahkan?
Lebih baik KJ berhenti dalam politik dan menawarkan diri untuk menguruskan FAM secara penuh masa. Paling tidak kita boleh lihat dimana masalahnya, adakah pada siapa yang jadi ketua atau pun memang industri bolasepak kita ni secara keseluruhannya bermasalah.
No comments:
Post a Comment