Monday, September 28, 2015

Kerosakan Dan Impian Karut Mahathir Terhadap Negara


Baik BERSIH 1 hinggalah ke BERSIH 4, walaupun mereka bertopengkan matlamat membersihkan sistem pilihanraya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain, rata-rata rakyat Malaysia sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO iaitu Parti Melayu terbesar negara ini.


Sebaliknya, BERSIH 4 yang bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Datuk Seri Mohd Najib yang kini sedang hebat difitnah oleh musuh politiknya dari luar dan dalam UMNO sendiri, kini terbukti telah menyelamatkan Najib.

Semuanya gara-gara kebiadapan perserta BERSIH 4 yang langsung tidak sensitif dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap “pantang” atau “mencabar” bangsa Melayu. Orang Melayu yang selama ini terkenal dengan sikap bertolak ansur dan lemah lembut secara tiba-tiba telah bangkit bingkas menunjukkan taringnya.

Terima kasih tidak terhingga buat pemijak gambar Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang terutamanya.

Menyedari hakikat bahawa BERSIH 4 telah menyatukan semula orang Melayu dan melenyapkan harapan politik gelap DAP untuk memerintah negara serta memusnahkan harapan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan mengikut telunjuknya, Saluran NewsAsia Singapore Insight telah menerbitkan sebuah dokumentari berjudul “A Fractured Nation” untuk memutar belitkan hakikat sebenar.

Dalam dokumentari tersebut, mereka langsung tidak menceritakan bahawa kebangkitan Melayu 16 September lalu adalah tindak balas sepontan terhadap sikap kurang ajar peserta BERSIH 4 yang memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS, aksi mereka membawa penyapu sepertimana berlakunya peristiwa 13 May dan pelbagai bentuk penghinaan lain keatas Perdana Menteri dan isteri oleh penyokong DAP di BERSIH 4.

Sebaliknya, NewsAsia Singapore memutarbelitkan cerita dengan menuduh Datuk Seri Mohd Najib pula yang menganjurkan Himpunan Merah untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada skandal yang beliau hadapi. Seperti media asing lain yang tidak pernah berhenti memburukkan Malaysia, NewsAsia Singapore telah mengeluarkan semula cerita basi yang sudah dijawab berkali-kali oleh kita.

Bermula dengan saman Anina yang tidak pernah dilantik oleh UMNO untuk mewakilinya, isu siasatan FBI berdasarkan dokumen palsu yang digunakan oleh The Wall Street Journal, isu USD $ 700 juta dalam akaun Datuk Seri Mohd Najib yang SPRM sendiri sudah sahkan bukan dari 1MDB dan pelbagai fitnah lain yang terbukti telah gagal menjatuhkan Najib.

Meneliti rentetan serangan terhadap Dato Seri Najib oleh Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya ini, boleh kita simpulkan serangan ini terbahagi kepada 7 Fasa berikut:-

Fasa 1 – Membangkit kebencian rakyat terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Mereka giat memainkan isu 1MDB, Jho Low, Datin Seri Rosmah, isu perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Najib, Kos Sara Hidup dan lain-lain lagi.

Fasa 2 – Menggunakan beberapa individu berpengaruh di dalam UMNO untuk mempersoalkan tentang 1MDB dan dana pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu.

Fasa 3 – Menggunakan Timblan Perdana Menteri dan beberapa Pegawai Kanan Kerajaan untuk mendesak Datuk Seri Mohd Najib melepaskan jawatan.

Fasa 4 – Cubaan melakukan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohd Najib di Parlimen.

Fasa 5 – Menggadai semua prinsip perjuangan dan melacurkan diri menyertai BERSIH 4 dengan harapan rakyat bangkit menentang Datuk Seri Mohd Najib.

Fasa 6 – Menggunakan Khairuddin, Mathias Chang dan media asing untuk memberikan tekanan antarabangsa terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Tindakan ini sehingga hari ini gagal kerana FBI sendiri tidak mengeluarkan apa-apa perintah mahupun pendakwaan keatas Datuk Seri Mohd Najib yang kini berada di New York.

Fasa 7 – Tun M dihormati sebagai Negarawan atas jasa memerintah negara selama 23 tahun. Namun malangnya, akhirnya beliau pergi dan diingati sebagai seorang yang menjadi punca perpecahan dalaman UMNO dan perosak imej negara di mata antarabangsa.

Apa lagi yang Tun M mahu? Tidak cukupkah kekayaan yang telah diperolehi selama 23 tahun memerintah? Apa guna jika Datuk Seri Mohd Najib dapat dijatuhkan tapi proksi beliau mewarisi kerajaan yang terlalu lemah akibat serangan-serangan yang dilakukan oleh beliau?

Masih belum terlambat untuk memperbetulkan segala kesilapan. Beliau sewajarnya menggunakan pengalaman memerintah selama 23 tahun itu untuk bantu mengukuhkan negara, bukan untuk menghancurkannya. Itulah sifat sebenar yang patut ada pada mana-mana negarawan. Dendam kesumat hanya akan membawa kepada kehancuran.

No comments:

Post a Comment