Wednesday, January 13, 2016

Tiada Wanita Paling Berpengaruh Di Malaysia, Melainkan Hasmah


Semalam akhbar menyiarkan dapatan sebuah kajian dibuat Rich Topia dalam laman web http:powerfulwomen.com, menunjukkan janda bergetah Nurul Izah menududuki tempat ke 108 sebagai wanita berpengaruh di dunia/paling berpengaruh di Malaysia dalam masa yang sama.

Tidak ada nama wanita lain dari Malaysia sebelum nama Nurul Izah di kedudukan 108, maksudnya dialah yang kajian ini katakan sebagai paling berpengaruh di Malaysia.

Bila cakap tentang wanita, biasanya yang paling 'bold' di negara ini ialah Datin Seri Rosmah Mansor, tapi kajian itu tak pulak menyebutkan nama Rosmah, hanya nama Izah, mungkin sebab ayahandanya seorang peliwat.

Agak sajalah tu.

Bagaimanapun, dengan terletaknya nama Nurul Izah ini, penulis berpendapat bahawa kajian ini tidak dibuat dengan secara yang sewajarnya kerana kita semua tahu Izah apa pengaruh yang dia ada?  Kalau si tukang buat kajian menemuramah semua wanita yang disenaraikan, itu mungkinlah, silap-silap dapatan ini diperolehi dari pembacaan di Internet saja.

Sepatutnya, wanita paling berpengaruh di Malaysia ialah Siti Hasmah, isteri Mahathir dan ibunya Mukhriz.  Buktinya, hanya Hasmah sahaja satu-satunya isteri Perdana Menteri di negara ini yang berjaya mempengaruhi suaminya untuk melantik adik beradiknya sendiri di kedudukan tertinggi kerajaan.

Ramai di kalangan adik beradik Siti Hasmah menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan, kita dah sebut banyak kali sebelum ini, tapi kena sebut juga sekali lagi - sebagai Menteri Besar, Panglima Angkatan Tentera, Pengerusi Tabung Haji dan sebagainya.

Tak berpengaruh lagikah itu?

No comments:

Post a Comment