Wednesday, January 27, 2016

Derma RM 2.6 Billion: Besar Betul Dosa Mahathir


Baik Mahathir mahupun Muhyiddin apatah lagi Shafie Afdal, seorang pun tidak berkata apa mengenai keputusan Peguam Negara semalam untuk tidak mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu derma RM 2.6 billion kerana tidak ada apa salah yang nak didakwakan.

Rakyat nak juga tahu apa komen Mahathir kerana diawal isu ini bermula dulu, dia yang paling lantang menuduh wang ini disalur dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Sekarang jangan kata nama 1MDB, jumlah wang yang dituduh pun berbeza seperti mana dakwaan Mahathir.  Mahathir kata USD 700 juta (RM 2.6 billion) sedangkan siasatan SPRM dan Peguam Negara mendapati hanya USD 681 juta (RM 2.08 billion).

Penderma pun dah dikenalpasti iaitu dari keluarga diraja Arab Saudi.

Mahu termenung dan terduduk Mahathir dengar segala pembohongannya dibuktikan seperti mana disebutkan awal tadi - memang membohong.

Jangan haraplah Mahathir nak minta maaf.  Menurut seorang penyokong kuatnya, Mahathir lebih sanggup naik kuda hanya dengan pakai seluar dalam saja dari minta maaf dengan Najib.

Entah apa agama yang Mahathir ini pegang, senang-senang fitnah orang, lepas tu taknak pulak minta maaf.  Biarlah, adalah bahagian untuk dia di alam barzakh nanti, atau Mahathir dah beriman dengan Kasim Ahmad, alam barzakh tak wujud?


1 comment: