Ikrar Mahathir untuk terus mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah diketahui umum. Usaha nak fitnah Perdana Menteri guna modal 1MDB dah gagal, tapi Mahathir masih tidak mahu jatuh air muka.
'Perjuangan'nya itu mesti diteruskan.
Dalam masa yang sama, Najib ambil pendirian untuk tidak melayan orang tua ini. Biarlah dia nak berlawan, berapa lama sangat lagi tinggal masa itu pun. Najib teruskan dengan kerja-kerjanya mengemudi negara menghadapi tekanan ekonomi pada tahun ini, dengan segala harga komoditi turun dan sebagainya.
Tapi yang mengharukan kita semua, sekalipun begitu, Najib terbukti bukan pendendam bila tetap memastikan anak Mahathir, Mukhriz, tetap ada tempat dalam pentadbirannya setelah UMNO Kedah mahukan dia tidak lagi menjadi Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Kenyataan ini disahkan Exco Kedah, Datuk Tajul Urus kepada sebuah portal berita semalam bahawa penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar adalah untuk memberikannya peluang yang lebih baik - yang dimaksudkan itu ialah balik ke persekutuan.
Sekarang agaknya susah Mukhriz nak buat kerja, dia di Kedah, anak bini di Kuala Lumpur. Setiap hujung minggu nak kena berkejar balik, kadang-kadang mesyuarat Exco pun terpaksa dibuat di KL juga - Tajul Urus sebagai Exco, mesti tahu.
Jadi kalau pindah ke persekutuan, mudahlah Mukhriz. Putrajaya dan 'kawasan setinggan' yang menjadi kediamannya di Bukit Tunku/Canny Hill/Beverly Hills Malaysia bukannya jauh mana.
Boleh 'dancing' sampai pagi.
No comments:
Post a Comment