Saturday, January 30, 2016

Mahathir Penjara Beribu Orang Tanpa Dakwa, Apa Sangat Mukhriz Kena 'Halau"?


Sebetulnya Mukhriz tak kena halau dari Mesyuarat MT UMNO Jumaat lepas sekalipun kalau ikut logik memang patut dia kena halau pasal taraf pemerhati yang datang perlu dijemput dulu.

Undang-undang itu dah wujud pada zaman bapaknya lagi - pengasas UMNO sebenar yang dok ada sekarang ni, bukan Onn Jaafar, Tunku dan sebagainya.  UMNO yang itu dah haram tahun 1988.

Tapi kalau dah mentaliti anak orang kaya macam itulah, dari kecik membawak ke besar hidup atas sutera dan jalinan jalinan emas (figure of speech semata mata) apa nak semua dapat, bila susah sikit, mula nak besar-besarkan, tak kena halau pun dikatakan halau.

Yang penting, Mukhriz tahu dia tak kena halau, tapi datang tak kena jemput.

Sepatutnya, dari main politik persepsi, ini masa untuk muhasabah diri, kenapa aku dilayan macam ini?  Setakat 'kena halau' ini tak seberapa, banding dengan beribu orang yang bapanya pernah tahan tanpa dakwa masa berkuasa dulu.


Tak masuk insiden Memali dan sebagainya lagi, mau lebih panjang ceritanya nanti, tapi tunggu dululah sebab kita bukan nak cari benci sekadar nak buat perbandingan.  

Bukan sangat mereka  yang terlibat tapi anak bini yang sengsara tiba-tiba kehilangan ketua keluarga.
Fikir-fikirkan tu semua, apalah sangat yang Mukhriz kena Jumaat lepas, takde besar hama pun.

No comments:

Post a Comment