Sunday, January 3, 2016

Adik Beradik Siapa Dapat Untung Bila Suami Jadi PM, Bukan Rosmah Pun!!


Mungkin dengan selesainya hutang 1MDB ini, pengikut Mahathir yang mati-mati percaya dengan dakwaan tidak berasas duit RM 42 billion dah hilang, mula tidak ada idea dan mengitar semula cerita-cerita lama mengenai keburukan Perdana Menteri yang pernah disebut Mahathir.

Antara yang paling popular sekarang ialah, dakwaan konon isteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan bomoh ke atas Najib supaya Najib berada dibawah telunjuknya - dakwaan asal dibuat Mahathir sekitar Ogos 2015 di Pasir Gudang Johor.

Masya Allah, sakit jiwa betul orang-orang ni, macam mereka duduk sekali dengan Perdana Menteri, boleh tahu ada guna bomoh atau tidak.

Tapi kalau nak dihujahkan tentang dakwaan tersebut boleh.

Kalau nak diikutkan logik, bagaimana pulak dikatakan Najib ni takut bini bila rekod menunjukkan ia adalah Mahathir sebenarnya yang banyak meletakkan saudara mara sebelah bini untuk jawatan kerajaan atau posisi eksekutif dalam syarikat-syarikat milik kroninya?


Periksa sajalah rekod siapa yang Mahathir pernah lantik atau /terlibat dengan perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor, Pengerusi Tabung Haji, Panglima Angkatan Tentera, Pengerusi Eksekutif YTL, Pengerusi PNB dan sebagainya?

Siapa punya adik beradik tu, Rosmah ke?  Sejak bila Rosmah berbinkan Mohd Ali?  Sekarang, siapa sebenarnya yang takut bini?  Kalau betul Najib kena bomoh, dah berapa ramai saudara mara Rosmah pegang jawatan tinggi dalam kerajaan?

Fikir macam itu saja pun dah cukup.

No comments:

Post a Comment