Puak yang mencetuskan kekecohan berikutan bantahan atas kebarangkalian (kata sudah pasti) pemecatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah ni dah lupa ke yang si botak itu sudah beberapa kali pernah dipetik berkata tidak gentar hilang jawatan?
Kali terakhir Mukhriz cakap macam itu ialah semasa Perhimpunan Agung UMNO yang baru lepas di Saloma Bistro ketika jumpa perwakilan Kedah.
Oleh yang demikian, dengan Mukhriz pun tak kisah hilang jawatan, kenapa orang lain pulak kecoh?
Lagipun dalam sejarah politik negara ini, siapa yang tak sebulu dengan ketua, mesti dibuang. Khalid Ibrahim bila dah tak sebulu dengan Anwar pun dibuang jugak dan ditukar jawatan Menteri Besar dengan Azmin.
Itu dalam PKR, parti tunggang langgang, apatah lagi dalam UMNO yang ada sejarah panjang dalam arena politik negara.
Jadi apa nak hairan dengan penggantian Mukhriz? Tradisilah tu. Lebih lagi di Kedah dimana majoriti Menteri Besarnya (dari BN) diganti separuh jalan. Syed Razak macam itu, Osman Aroff macam itu, Sanusi Junid pun macam itu.
Sekarang giliran Mukhriz pulak lah. Kira patut syukur sebab lama sikit dia di jawatan tersebut. Kalau ikut perangai bapaknya tua kutuk tak sedar diri Mahathir tu, awal-awal lagi Najib dah tendang.
No comments:
Post a Comment