Friday, January 8, 2016

Sarawak 'Menjadi Anak Tiri' Ketika Regim Pemerintahan Mahathir


Walaupun ramai yang menyifatkan Mahathir sebagai seorang negarawan yang ulung, ekoran sumbangan yang diberikan sepanjang regim pemerintahannya selama 22 tahun.

Namun ada yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut khususnya mayarakat di Sarawak.


Mereka mendakwa bekas perdana menteri itu merupakan dalang utama yang menyebabkan hubungan antara pentadbiran negeri Sarawak dengan Semenanjung Malaysia menjadi renggang.

Menurut Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian ketika regim pemerintahan Mahathir, Sarawak sering 'dianak tirikan' khususnya dalam projek pembangunan negara.

"Ia bermula daripada bekas Perdana Menteri (Tun Mahathir) yang lupa mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang melingkungi 18 perkara di Sarawak.

"Sarawak seolah-olah dianaktirikan ekoran sering dilupakan dalam projek pembangunan negara" ujarnya ketika diwawancara oleh sebuah portal baru-baru ini.

 Menurut ahli Perhimpunan Negeri Sarawak Ba’kelalan itu, Mahathir harus dipersalahkan ekoran kerenggangan Sarawak dan Semenanjung.

"Kita nampak semakin renggang dan masing-masing bercakap mengenai Sarawak.

“Seolah-olah Sarawak ini tiada dalam Malaysia kerana lebih kepada Sarawak,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment