Thursday, January 21, 2016

Mukhriz: Padah Jadi MB Weekdays, Apa Berlaku Di Bawah Pun Tak Tahu


Dari gaya Mukhriz Mahathir menerima berita hilang kepercayaan ke atas kepimpinannya di Kedah, nampak macam dia terkejut dan tidak bersedia.  Orang putih kata, "get caught with pants down", kelam kabut betul dia nampaknya..

Sidang media diketuai Datuk Ahmad Bashah diadakan petang, kenyataan ringkas Mukhriz hanya keluar malam.  Memang jelas disitu dia tak bersedia.

Agak pelik bagi seorang Pengerusi Perhubungan Negeri, tidak tahu ada gelora besar nak datang.  Kedah saja pun, bukan besar mana pun negeri tu.

Tapi itulah yang berlaku.  Kegagalan Mukhriz menghidu 'serangan hendap' ini telah menyebabkan kedudukannya sekarang bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Istana Kedah.

Melihat kepada pendirian bapanya yang jelas menentang kerajaan, mungkin Mukhriz menjangka serangan dari depan (Najib), dia terlupa nak menoleh ke belakang.


Ini saja menunjukkan Mukhriz bukanlah seorang pemimpin yang baik kerana dia nampak tidak bersedia.  Mukhriz sedang mengulangi kesilapan bapanya dalam pemilihan UMNO 1987 dulu, tak bersedia dan nyaris tewas.

Keadaan ini banyak disumbangkan oleh sikapnya yang hanya menjadi Menteri Besar weekdays saja (hari kerja), sedangkan pada hujung minggu, dia dikatakan sering tidak berada di negeri itu sebaliknya di Kuala Lumpur.  

Menurut sumber, isterinya 'lemas' duduk di negeri yang serba serbi kebelakang itu.

No comments:

Post a Comment