Tuesday, January 5, 2016

Bolasepak: Lebih Baik Ditaja Syarikat Kosmetik, Dari Syarikat judi

Gambar hiasan

Hubungan baik antara syarikat kroni dengan kerabat Mahathir berterusan biar pun bekas Perdana Menteri itu sudah lama meninggalkan jawatannya.

Tidak cukup mengarahkan Proton untuk mengadakan usahasama berkaitan kemudahan Internet dalam kereta keluarannya dengan sebuah syarikat yang diketahui milik kroninya, Mahathir juga dipercayai mengarahkan anaknya untuk mengadakan kerjasama dengan seorang lagi kroni terapatnya dalam soal bolasepak sebuah negeri di utara tanah air

Maka bertukarlah pasukan berkenaan dari pasukan Hijau Kunung kepada Lang Merah, setelah syarikat kroni ini - yang juga pengendali syarikat perjudian antara terbesar di negara ini, masuk campur dengan memberikan tajaan bernilai jutaan ringgit.

Kenari jadi Lang (Helang), merah sebab syarikat kroni turut mengendali sebuah lagi pasukan bola di England yang berlambangkan naga merah.  Itu syaratnya dan anak Mahathir itu akur.  Kita percaya tajaan ini masih berjalan kerana lambang Helang Merah pada logo pasukan berkenaan masih kekal hingga sekarang.

Betullah perjanjian dimeterai antara pasukan bolasepak di England milik tuan punya syarikat kroni dengan pasukan bolasepak negeri itu, tapi latar belakang sebagai pemilik syarikat judi, tidak ada siapa boleh menafikannya.

Masa mula-mula dulu, ramailah bising, tapi bila duit terkait unsur judi ini  berjaya menghasilkan beberapa kejayaan kepada bolasepak negeri tersebut, terbaru menjadi Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia, maka secara perlahan, kontroversi pun hilang, biasalah, melayu mudah lupa.

Jadi apalah sangat kontroversi sebuah syarikat kosmetik terkenal nak menaja pasukan bolasepak Kelantan yang heboh sekarang?  Kurang-kurang hasil pendapatan kosmetik tidak haram macam hasil judi yang menjadi antara punca pendapatan pasukan utara tanah air yang dimaksukan itu.

Apa yang diminta pun bukanlah sukar sangat, sekadar mewarnakan stadium kepada warna merah jambu sahaja, apalah sangat asal duit yang masuk terjamin halalnya.

No comments:

Post a Comment