Dua hari lepas, masyarakat digemparkan dengan isu 'bomoh' ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir
Mohamad ketika menyampaikan ucapan 'Bicara Negarawan' di Pasir Gudang pada Ogos lali.
Mahathir ketika program tersebut berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah 'disihir' oleh Rosmah Mansor sehingga menyebabkan dia tunduk dengan segala kehendak dan kemahuan isterinya.
Tidak cukup dengan itu, Mahathir turut mendakwa Rosmah Mansor mempunyai ramai bomoh dari pelbagai tempat,
termasuk Indonesia dan India yang ditugaskan untuk membantu perdana menteri mentadbir negara.
Walaupun ramai yang tersenyum sinis dengan kenyataan tersebut, namun tidak kurang juga ada yang mengeleng apabila membaca kenyataan tersebut.
Disebabkan mahu menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, Mahathir terpaksa mengeluarkan kenyataan yang ada kalanya tidak masuk dek akal.
Timbul dua persoalan apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut, pertama apakah Mahathir percaya bomoh itu mempunyai 'kuasa ajaib yang hebat' sehingga boleh menyebabkan seseorang tunduk atau menjadi bodoh?
Sekiranya benar bomoh tersebut mempunyai 'kuasa ajaib yang hebat'
sudah pasti mentara, jampi serapah bomoh tersebut telah digunakan
terhadap Mahathir agar beliau tunduk dan tidak lagi menyerang Najib.
Dan yang kedua, apakah ini menujukkan Mahathir telah murtad kerana percaya ada kuasa lain yang lebih hebat dari kuasa Allah swt?
Ini kerana sebagai orang Islam, kita dituntut untuk tidak menyekutukan Allah swt dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk.
Ini kerana menurut hukum Islam mereka yang berjumpa dan mendapatkan khidmat bomoh, pawang, dukun, atau sebagainya itu berdosa besar.
Malah mereka yang percaya bomoh, pawang, dukun, atau sebagainya itu mempunyai kuasa selain Allah juga telah jatuh hukum syirik.
Dan yang paling penting, bagaimanakah Mahathir boleh tahu Rosmah mengunakan khidmat bomoh?
Apakah Mahathir melihat sendiri Rosmah mengunakan khidmat bomoh atau hanya sekadar mendengar cerita orang?
Kalau sekadar mendengar cerita orang, ada baiknya Mahathir berhenti mengeluarkan kenyataan fitnah seperti isu bomoh ini.
Kepada Mahathir Mohamad, insaflah...
No comments:
Post a Comment