Tuesday, January 12, 2016

PERKASA Pulau Pinang Anjur Kempen Anti-Najib



Baru-baru ini telah diadakan satu lagi sidang akhbar bagi mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Melalui sidang akhbar anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Pulau Pinang tersebut, mereka antara lainnya menggesa agar Najib selaku Presiden UMNO meletakkan jawatan.


Namun apa yang menariknya rata-rata yang hadir program tersebut merupakan ahli-ahli PERKASA yang mendakwa kononnya mereka membawa suara akar umbi.

Hasil tinjauan yang dilakukan, sidang akhabr tersebut dibiaya sepenuhnya oleh Yang Di Pertua Perkasa Pulau Pinang, Marzuki Yahaya yang sebelum ini kecewa apabila kalah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan dalam pemilihan UMNO yang lalu.

Ekoran kekecewaan tersebut Marzuki kemudiannya mula merangka pelbagai 'gerakan bawah tanah' bagi melemahkan UMNO.

Marzuki mendakwa gerakan tersebut mewakili suara akar umbi Umno di bahagian Bagan, namun ketika sidang akhabr tersebut berlangsung hanya 3 ketua cawangan sahaja hadir.

Sedangkan berdasarkan rekod UMNO bahagian Bagan mempunyai 64 cawangan UMNO.

Persoalannya apakah 3 cawangan yang ditaja Perkasa ini mewakili suara dan kehendak 61 cawangan di dalam bahagian Bagan?

Tambah menarik Marzuki turut bekerjasama dengan Ketua Cabang PKR Bagan, Zainul Abidin Bin Mohamed Hashim bagi menjayakan niat jahatnya itu.

Zainul yang lebih dikenali sebagai 'Non Cabai' adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam inisiden kebakaran pejabat UMNO bahagian Bagan pada 1993.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan pimpian UMNO bahagian Bagan, 'Non Cabai' telah mengumumkan keluar parti dan seterusnya menyertai PKR.
 
Malah menurut sumber Marzuki dan 'Non Cabai' juga dikatakan proksi kepada kroni Tun Mahathir di Pulau Pinang yang dibayar bagi memburukkan Najib.

No comments:

Post a Comment