Friday, August 14, 2015

Muhyiddin Yang Bocor Maklumat Perbankan Najib Kepada Mahathir?


Siasatan derma politik RM 2.6 billion ke dalam akaun Perdana Menteri mutakhir ini, tidak menampakkan sebarang kebocoran datangnya dari agensi seperti Bank Negara Malaysia dan pejabat Peguam Negara. seperti yang disangka ramai orang sebelum ini.

Maklum sajalah, 2 jabatan itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri ketika nak membawa masuk wang tersebut dulu dan hanya mereka sahaja yang ada maklumat tersebut.

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang bocor maklumat tersebut kepada WSJ dan Sarawak Report?

Tinggal satu sahaja lagi suspek utama iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Meskipun Muhyiddin dah menafikan penglibatan dalam komplot nak menjatuhkan Perdana Menteri tapi Muhyiddin belum berbunyi lagi pasal kebocoran maklumat perbankan tersebut.

Muhyiddin mungkin tidak tahu nombor akaun Najib tapi penulis yakin ada hantu dalam pejabat AG dan Bank Negara yang menyampaikan maklumat tersebut kepadanya - yang mana ketika itu tidak dilihat salah kerana Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri.

Kita percaya Muhyiddin kemudiannya menggunakan maklumat ini untuk mencemarkan imej Perdana Menteri dengan menyuruh pihak lain mendapatkan maklumat lebih dalam sebelum menyampaikannya kepada Mahathir untuk disampaikan kepada Sarawak Report dan WSJ.

Perkara itu sedang menjadi viral sekarang dan Muhyiddin perlu tampil menjelaskan sama ada dia ada terlibat atau tidak demi membersihkan imejnya yang semakin tercalar.

1 comment:

  1. Itulah dah pesan awal2 jangan cuba mengaibkan pemimpin nanti pekung sendiri Allah buka.

    ReplyDelete