Wednesday, August 12, 2015

Bukit Jalil: Apa Tujuan Bajet RM 1 Billion? Nak Dapat Derma Politik?


Rakyat begitu marah dengan tindakan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin mengemukakan peruntukkan sehingga RM 1 billion untuk kerja-kerja pengubahsuaian Kompleks Sukan Bukit Jalil bagi tujuan mengadakan Sukan SEA.

Dalam keadaan ekonomi sekarang jumlah itu sangat besar untuk dibazirkan begitu saja.

Jumlah wang yang besar itu tidak masuk akal dengan kos penganjuran acara sukan sekecil Sukan SEA.  Ini bukan sukan Olimpik atau sukan Komanwel yang lebih berprestij, tapi sukan SEA yang tidak ada nilai sama sekali.

Itupun perlukan RM 1 Billion?  Mana rakyat tak naik darah.

Khairy juga yang mempersoalkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan kementerian lain, dia sendiri pun mahu belanja besar untuk kos pengubahsuaian Kompleks Sukan yang dari segi sejarahnya, diperolehi secara percuma oleh kerajaan pada tahun 1998 dulu.

RM 1 billion ini boleh membina kompleks sukan yang baru pun, tapi untuk memenuhi nafsu serakah KJ, jumlah itu cukup untuk kos pengubahsuaian Bukit Jalil saja.

Adakah bajet yang besar ini diperlukan untuk memenuhkan dana politik KJ?  Kita difahamkan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia yang turut mengendalikan Kompleks Sukan Bukit Jalil, Datuk Razabil Abdul Rahman adalah funder politik KJ.


1 comment:

  1. Amboi banyak nya KJ ,1 billion tu boleh buat berapa ratus rumah mampu milik.PM jangan layan sangat nanti jadi viral buat orang yang dah benci PM ni.

    ReplyDelete