Tuesday, June 16, 2015

Tol Itu Legasinya Mahathir, Bukan Lebuhraya


Adalah tidak benar bila Mahathir mendakwa ada lebuhraya di negara ini yang perlu diletupkan kerajaan  jika mahu legasinya hilang. Meletupkan lebuhraya tidak akan menghilangkan legasi Mahathir kerana legasinya bukan terletak di situ (lebuhraya) tapi di tol nya.

Tol itulah yang menjadi peninggalan Mahathir kepada semua rakyat Malaysia yang perlu ditanggung zaman berzaman.

Meletupkan lebuhraya itu tidak akan menghapuskan tol kerana lebuhraya boleh dibina semula, tapi selagi perjanjian konsesi yang mewajibkan pembayaran tol itu wujud, selama itulah legasi Mahathir akan menjadi beban.

Konsesi tol yang menghantui rakyat sejak zaman Mahathir ini memang  menyusahkan kerana ia direka sedemikian rupa pada awalnya untuk memastikan siapa pun Perdana Menteri, perjanjian itu akan sentiasa memberi keuntungan kepada kroni Mahathir yang diserahkan hak konsesi tersebut, antaranya orang seperti Daim.

Syarat seperti kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat pemegang konsesi bila kadar tol tidak dinaikkan seperti dalam perjanjian, adalah cara Mahathir menyedut duit rakyat untuk membahagiakan kroni paling rapatnya itu.

Perjanjian itu, syarat itu masih wujud sampai sekarang.  Kerajaan tidak boleh mengubah begitu sahaja atas pelbagai faktor yang mana akhirnya kalau diputuskan Mahkamah tidak memihak kerajaan, akan menyebabkan wang rakyat habis untuk membayar pampasan kepada pemegang konsesi yang berkenaan.

Sebab seperti yang dikatakan tadi, perjanjian itu bertujuan untuk memastikan kroni Mahathir kenyang 7 keturunan.





No comments:

Post a Comment