Dasar penswastaan dan polisi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu bertujuan untuk memastikan semua kroni belaannya hidup kaya-raya melalui projek mega merupakan antara punca mengapa rizab negara semakin rendah dan hutang negara makin menimbun.
Polisi ciptaan Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi telah menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kesan sehingga sekarang seperti kos sara hidup meningkat dan ekonomi negara mundur.
Sedangkan hasil kekayaan negara ini yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan berkualiti dan negara sepatutnya sudah mampu mempunyai rizab melebihi US$1 trilion tanpa tanpa perlu berhutang.
Namun sepanjang 22 tahun regim pemerintahan Mahathir, rizab matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya tertinggi di dunia mulai terhakis sedikit demi sedikit.
Ini kerana, tanpa kita semua sedari kroni belaan Mahathir telah merompak kekayaan dan harta negara melalui IPP (Projek Penjana Kuasa Bebas), minyak,
saluran televisyen dan sebagainya.
Malah sekiranya diteliti kembali anggaran belanjawan negara selama 20 tahun ketika regim pemerintahan Mahathir transaksi aliran wang negara yang keluar terlalu banyak dan ia diakui sendiri oleh Bank Negara.
Malah setelah diasak betubi-tubi, Bank Negara ketika ditanya mengenainya suatu ketika dahulu berkata akan melakukan siasasatan secara menyeluruh, namun sehingga kini hasil siasatan tersebut terus hilang dan sepi.
Kadar SDR (Hak Pengeluaran Khas) bertujuan untuk mengawal kadar pengeluaran matawang juga menurun kerana diguna pakai untuk pembangunan dan pelaburan, ekoran keadaan ekonomi negara yang mengalami defisit selama 15 tahun.
Dengan hasil negara yang banyak, rizab sepatutnya tidak perlu digunakan.
Malah sekiranya ditanya kepada semua mantan Menteri Kewangan negara atau mana-mana menteri kewangan di rantau ini, pasti mereka akan berkata rizab simpanan negara sepatutnya lebih tinggi dari sekarang.
No comments:
Post a Comment