Saturday, June 13, 2015

Jho Low Penasihat PM Pulak Dah


Kerjasama antara Mahathir dan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, menghasilkan cerita baru pasal 1MDB ni bila Jho Low dituduh menasihat Perdana Menteri untuk menjamin pinjaman 1MDB sebanyak RM 1 Billion.

Sejak team up dengan Ahmad Said saja semua cerita pasal nak cagar telaga minyak apa semua ni keluar, sebelum itu tidak ada.  Itupun tuduhan Ahmad Said dibuat di Dewan Undangan negeri Terengganu (ada imuniti).

Kalau berani, ulang tuduhan di luar dewan.

Menariknya, bersungguh-sungguh Mahathir kata 'tidak ada bukti' bahawa perkara ini telah dibawa ke pengetahuan kabinet.

Yang dia lupa, dia sendiri pun tidak menunjukkan bukti yang Jho Low ada menasihat Perdana Menteri tentang menjamin pinjaman tersebut.  Rakaman suara, video, anything?

Logiknya, syarikat dengan kapasiti perniagaan seperti 1MDB, perlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan.  Jaminan kerajaan atas pinjaman itu tidak salah kerana 1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan.

Jadi, adakah siapa yang terkejut lagi kalau Mahathir dikatakan nyanyuk?  Sudah tentu tidak.  Dia sendiri cakap pasal bukti, dia juga yang tuduh tanpa bukti.  Kalau ada, mana bukti yang menunjukkan Jho Low pernah  menasihatkan Perdana Menteri, mana, mana, mana?


No comments:

Post a Comment