Ketika regim pemerintahannya, Mahathir sebelum ini secara tidak langsung pernah mengakui bahawa dasar kronisma 'ciptaannya' merupakan punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada 1997.
Ketika masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau pernah memutuskan agar kerajaan mengambil alih (bailout) Renong Bhd yang merupakan salah sebuah syarikat milik kroninya kerana tidak mampu membayar hutang sebanyak RM13 billion.
Ketika menjelaskan tindakan untuk menyelamatkan Renong, Mahathir pada ketika itu mengakui tindakan syarikat itu telah menyebabkan urusniaga di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) turun dengan teruknya.
Malah selain Renong, hutang-hutang syarikat-syarikat lain yang dimilik oleh kroni Mahathir seperti Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis yang bernilai berbillion ringgit tidak akan mampu dibayar sekiranya kerajaan tidak mengambil pendekatan 'baliout'.
Sebagai contoh, pada 23 Julai 2001 Mahathir memaklumkan kerajaan terpaksa membeli syarikat United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bangkrup dengan harga RM3.67 billion.
UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd yang bertanggungjawab membina Lebuhraya Utara-Selatan, dan keputusan kerajaan membeli syarikat tersebut sebagai langkah permulaan untuk mengambil alih Renong Bhd dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion.
Tindakan Mahathir membangunkan ‘bubble economy’ pada ketika itu telah menyebabkan para pelabur asing ketakutan untuk melabur.
Para pelabur asing pada ketika itu merasakan bahang ekonomi Malaysia sudah terlalu panas (overheating) sehingga menyebabkan sebilangan besar dari mereka 'lari' dan menyebabkan negara hampir muflis dan mencetuskan krisis kewangan.
Disebabkan itu kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik dengan membuat pinjaman dari bank luar berjumlah US$360 billion (hampir satu trillion ringgit).
Sebahagian besar dari hasil pinjaman yang dijamin oleh bank-bank tempatan itu, kemudiannya digunakan untuk menyuntik modal ke dalam syarikat-syarikat milik kroni Mahathir bagi menyelamatkan mereka dari bankrap.
Kesan daripada tindakan itu, negara akhirnya mengalami beban dengan hutang yang berlebihan dan bank-bank tempatan yang menjadi penjamin akhirnya lingkup.
Kesimpulannya tindakan Mahathir menyelamatkan syarikat-syarikat kroni pada ketika itu merupakan satu lagi pengkhianatan terhadap wang rakyat.
No comments:
Post a Comment