Tuesday, June 23, 2015

Syarikat MAS Muflis, 6000 Pekerja Menanggung Azab Kerana Dosa Mahathir



Pasti ramai yang telah membaca di dada-dada akhbar perihal nasib para pekerja MAS yang diberhentikan atas pelbagai faktor demi untuk 'menyelamatkan' syarikat penerbangan kebanggaan negara itu.

Namun apa yang masyarakat tidak tahu ialah, bagaimana syarikat penerbangan negara yang suatu ketika dahulu gagah dan megah ini terpaksa 'gulung tikar'.



Sedangkan sebelum tahun 1993, syarikat penerbangan MAS langsung tidak menghadapi sebarang masalah kewangan. 

Malah pada ketika itu MAS mempunyai rizab tunai sekitar RM 600 juta. Namun segala keindahan itu berubah wajah apabila Tajuddin Ramli (kroni Mahathir) 'diberikan hadiah' oleh kerajaan untuk merajui MAS.

Kerajaan pada ketika yang dipimpin oleh Mahathir‬ telah menyerahkan MAS kepada kroninya melalui syarikat ‎Malaysia‬ Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri.

Kerana 'kehandalan' dan 'kepintaran' kroni Mahathir ini, MAS akhirnya terpaksa menanggung hutang dan mengalami kerugian sebanyak RM 9.4 bilion.

Disebabkan itu Tajuddin kemudiannya bertindak menjual semula 'aset' MAS kepada Kerajaan pada tahun 2001.

Mahathir pada ketika itu masih bergelar Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS pada harga RM8.00 seunit.

Sedangkan harga pasaran MAS pada ketika itu hanya bernilai RM3.68 atas alasan untuk menyelamatkan syarikat tersebut dari dimiliki oleh kuasa asing.

Disebabkan transaksi tersebut, kroni Mahathir itu berjaya meraih keuntungan 'atas angin' sebanyak RM 1.8 billion dan mengakibatkan MAS dibelenggu hutang yang banyak.

MAS pada ketika ini sudah diisytiharkan 'muflis' dari segi teknikal apabila 6,000 orang pekerjanya terpaksa dibuang manakala 14,000 orang pekerjanya diberikan kontrak dengan terma dan syarat baru hasil kerakusan Mahathir memberi 'hadiah' kepada kroninya.

Hanya untuk memastikan kroninya terus hidup mewah atas keuntungan berbiliion ringgit itu, Mahathir telah melakukan dosa yang 'Maha Besar' terhadap 6,000 orang pekerja yang telah kehilangan punca rezeki itu.

Apa yang jelas, Mahathir adalah punca atas segala musibah dan mala petaka yang berlaku terhadap syarikat penerbangan negara ini.

Sekiranya dahulu pasti ada yang akan marah sekiranya masyarakat mengelar bekas Perdana Menteri itu dengan panggilan 'Maha Zalim'.

Namun apabila difikir nasib para pekerja MAS yang terpaksa diberhentikan kerana tindakannya itu, ternyata gelaran tersebut paling sesuai dan selayaknya untuk Mahathir.

No comments:

Post a Comment