Sunday, June 14, 2015

Pecat Ketua Hakim: Mahathir Jangan Fitnah Almarhum Sultan Johor


Hina benar bunyinya bila Mahathir menuduh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar (yang juga Yang Dipertuan Agung pada ketika itu) sebagai punca utama yang membawa kepada pemecatan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Tidak masuk akal sama sekali hanya kerana mengadu akibat bunyi bising, jadi punca seorang Ketua Hakim Negara dipecat, Mahathir fikir siapa dia nak bodohkan?  Nak pecat tukang kebun kerana mengadu pun susah, ini pulak seorang Ketua Hakim Negara.

Jika ini benar rakyat mahu tahu lebih terperinci, dimana rumah Tun Salleh Abbas dan dimana rumah Almarhum Sultan Iskandar sehingga boleh terdengar bunyi bising seperti yang dikatakan Mahathir?  

Setahu kita semua, DYMM Yang Dipertuan Agung duduk di Istana Negara, jika yang dimaksudkan Istana Hinggap sekali pun, luas kawasannya dan tidak terletak berhampiran dengan kawasan rumah rakyat biasa sehingga boleh dengar bunyi bising, seperti di dakwa Mahathir.

Yang nyatanya sekarang ini, Mahathir dinamakan sebagai pengadu dalam tribunal yang ditubuhkan untuk memecat Tun Salleh Abbas.  Mahathir jangan buat pura-pura terperanjat kenapa namanya diletak sebagai pengadu oleh Peguam Negara pada ketika itu, Peguam Negara pun dia yang melantiknya.

Mahathir boleh bantah dan pecat Peguam Negara kalau tindakan meletakkan namanya sebagai pengadu dalam kes tersebut salah.  Jangan bagi alasan atau kata tidak boleh, Timbalan Perdana Menteri boleh pecat, takkan Peguam Negara tak boleh pecat?

Ini semua (tribunal, Mahathir sebagai pengadu) adalah benda yang bertulis, sedangkan dakwaan yang memfitnah Almarhum Sultan Iskandar ini, hanya keluar dari mulut Mahathir sahaja, tidak ada bukti sama sekali.

Perkara ini perlu disiasat dan dibongkar dari akar ke atas.  Kalau perlu, satu suruhanjaya diraja perlu diwujudkan untuk menyiasat perkara ini.  

Dalam masa yang sama, waris Kesultanan Melayu Johor dan rakyat Johor sendiri pun ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahathir akibat fitnah yang dilemparkannya ini.

Tapi ada juga yang menyebutkan kepada penulis, Mahathir sengaja membangkitkan perkara ini untuk mengalihkan perhatian rakyat dari penipuannya dalam isu 1MDB.  Ada logiknya juga kerana 'penyimpangan' (diversion) adalah antara kepakaran Mahathir.

No comments:

Post a Comment