Kalau pun ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis dialog Jumaat lepas adalah keputusannya sendiri, bukan keputusan polis, ia adalah satu keputusan yang sangat berhemah dari seorang pemimpin berjiwa besar seperti beliau.
Jangan kata Najib, kita semua tahu Mahathir bukan hadir untuk mendapatkan penjelasan tapi memanjangkan isu sampai salah seorang anaknya dilantik jadi Perdana Menteri. Justeru, apa pun penjelasan Najib pada hari itu, tidak akan diterima Mahathir, dia mahu Najib turun saja dan anaknya naik.
Sekarang pun, dengan begitu banyak penjelasan diberikan tapi Mahathir masih tidak boleh menerima. Buatlah dalam apa bentuk, grafik, kenyataan rasmi, tidak rasmi dan sebagainya, semua ibarat mencurah air ke daun keladi kerana Mahathir bukan nak jawapan, tapi nak pengunduran Najib.
Mahathir sebetulnya memang begitu, dia saja buat havoc untuk menutup kelemahannya.
Perjanjian bekalan air dengan Singapura sebagai contoh, sepatutnya harga bekalan air ke Singapura dikaji kali pertama pada tahun 1987, tapi kerana Mahathir tidak mengendahkanya, Malaysia hilang hak itu sehinggakan air yang dibeli Melaka dari Johor pun, lebih mahal dari yang dijual kepada Singapura.
Bagaimanapun untuk menutup kesilapan itu, Mahathir menuduh penggantinya seperti Tun Abdullah dan Najib sendiri sebagai takut dengan Singapura, siapa yang sebenarnya yang takut?
Samalah dalam soal pertikaiannya dengan Najib. 1MDB hanyalah sebab, pencetusnya ialah Mahathir mahu Najib menjadi budak suruhannya dengan menyediakan Mukhriz sebagai Perdana Menteri - sama seperti Najib disediakan Mahathr untuk jawatan Perdana Menteri.
Tinggal lagi, Mahathir tidak berhasrat melihat Najib pegang jawatan itu lama sangat sebab tujuan utamanya ialah nak anaknya tu jadi Perdana Menteri sebelum tahun 2020.
Najib tahu ini semua tapi memilih pendekatan berhemah dalam menangani kegilaan Mahathir. Najib tahu, bergaduh dengan orang tua yang bila-bila masa boleh mati, hanya akan menjejaskan imejnya di mata rakyat.
No comments:
Post a Comment