Monday, June 29, 2015

Perletakan Jawatan Khairul SukaGuam Satu Konspirasi Mahathir?


Semua pengikut buta tuli Mahathir melihat perletakan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor merangkap Ketua Pemuda Kluang, Khairul Anwar Rahmat macam perkara besar yang boleh membawa keretakan dalam UMNO yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kononnya perletakan jawatan ini petunjuk kepimpinan Najib sedang ditolak ahli-ahli UMNO.

Hakikatnya, ada lebih 7,000 pemegang jawatan UMNO di peringkat bahagian dan berpuluh ribu lagi di peringkat cawangan, dengan apa cara perletakan jawatan satu orang ini boleh menjejaskan UMNO dan Najib?

Nampak sangat Mahathir dan pengikutnya begitu terdesak untuk melihat haru biru berlaku dalam UMNO supaya kalau itu berlaku, mereka boleh mengambil kesempatan dengan meletakan boneka Mahathir sebagai Presiden dan seterusnya Perdana Menteri.

Maka itulah satu perletakan jawatan ini pun dianggap macam besar sangat dan boleh menggegarkan politik UMNO diseluruh negara.

Sebetulnya kalau diberi pilihan, penulis sebenarnya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perletakan jawatan Khairul ini adalah satu konspirasi terancang antara dia dan Mahathir dalam usaha memberi persepsi negatif terhadap kepimpinan Najib.
Melihat kepada penganjuran program dialog "Nothing To Hide" anjuran Khairul yang lebih cenderung untuk melaga-lagakan Mahathir dan Najib, dari memberi peluang kepada NGO untuk berdialog dengan Perdana Menteri, kebarangkalian ini tidak boleh diketepikan sama sekali.

Bukan rahsia, Mahathir sendiripun telah menjelajah ke seluruh negara, bertemu dengan kepimpinan UMNO untuk memujuk mereka menyertai gerakannya menumbangkan Najib.  Sebab Mahathir tahu, selagi UMNO kuat dibelakang Najib, tidak ada siapa boleh menumbangkan beliau.


No comments:

Post a Comment