Sunday, June 28, 2015

Legasi Mahathir Belum Berakhir, Tol & IPP Masih Ada Untuk Rakyat Menanggungnya


Dalam nada kecewa dan seakan-akan merajuk, Mahathir mendakwa legasinya telah dimusnahkan oleh ahli propaganda yang bekerja keras menconteng arang ke mukanya.

Ini sebenarnya permainan simpati, dipercayai bagi menyediakan dirinya pada masa depan sekiranya siasatan pihak berkuasa Thailand menunjukkan pemalsu dokumen 1MDB dan Petro Saudi, Xavier Andre Justo ada kaitan dengan Mahathir dan ia adalah Mahathir yang membayar sejumlah wang yang besar agar semua dokumen itu dipalsukan Justo.

Tapi untuk menjawab kebimbangan Mahathir, penulis ingin katakan bahawa legasinya belum musnah lagi malah tidak terjejas pun dengan apa yang bakal menimpanya dalam soal penahanan Justo di Thailand sekarang.

Paling tidak, imej Mahathir sajalah yang akan terjejas tapi itu bukan masalah kerana sudah wujud sekumpulan pentaksub dimana tahap ketaksuban mereka kepada Mahathir sudah begitu tinggi sekali, cuma belum sampai ke tahap mengukir wajah Mahathir dari batu saja untuk disembah beberapa hari sekali.

Setakat fitnah, adu domba malah mencarut sekalipun yang keluar dari mulut Mahathir, kelompok petaksub ini bersedia menyokongnya pada bila-bila masa.

Hakikatnya, rakyat masih perlu menanggung legasi Mahathir dalam bentuk perjanjian berat sebelah, bertahun-tahun panjang lamanya dalam bentuk penjualan tenaga bebas (IPP) dan tol di lebuhraya,  

Semua ini adalah legasi yang akan kekal buat satu jangka masa yang panjang, diwujudkan semata-mata untuk memastikan kroni-kroninya Mahathir kekal kaya sepanjang masa. Kroni Mahathir yang kaya, Mahathir dan keturunannya kaya, rakyat yang tanggung bebannya.

Pada saat kebanyakan dari perjanjian-perjanjian ini tamat nanti, cucu Mahathir yang paling muda hari ini pun mungkin sudah mempunyai cucunya sendiri - begitulah impaknya.

Tak faham apa yang Mahathir bimbangkan sangat tentang legasinya?

No comments:

Post a Comment