Sunday, June 28, 2015

Palsu Dokumen 1MDB: Siapa Pembida Tertinggi, Mahathir?


Laporan awal dari siasatan polis Thailand menyebut, bekas Eksekutif Petro Saudi, Xavier Andre Justo telah menjual maklumat dalaman syarikat tersebut, antaranya transaksi perniagaan mereka dengan 1MDB kepada pembida tertinggi untuk menampung kehidupan mewahnya di Koh Samui. 

Persoalannya sekarang, siapakah pembida tertinggi yang dimaksudkan itu, adakah Mahathir?

Kita tidak percaya pembidanya ialah Sarawak Report kerana diketahui sekarang Justo tidak ada kaitan dengan portal berkenaan.  Menurut siasatan polis Thailand, ada orang tengah yang menyampaikan semua dokumen yang dipalsukan Justo kepada portal tersebut.

Lagipun, adakah Sarawak Report mempunyai sumber wang yang banyak untuk membayar Justo bagi mendapatkan semua dokumen berkenaan?  Kita tidak percaya Sarawak Report ada sumber itu sekalipun pengasasnya, Clare Brown adalah adik ipar kepada bekas PM Britain, Gordon Brown.

Siapa pun pembida tertinggi ini, dia perlu mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat tersebut sekalipun menyedari banyak yang tidak kena dengannya - antaranya urusan berbillion dollar menggunakan khidmat email percuma seperti Gmail dan ketiadaan header pada email untuk memudahkan pengesahan ketulenannya.

Tapi soal-soal teknikal ini kurang penting dalam masa sekarang, yang penting ialah, siapakah di Malaysia ini yang ada kepentingan dan sanggup membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan semua maklumat tersebut - melainkan Mahathir seorang.

Hanya Mahathir sahaja yang ada kepentingan itu untuk membantu gerakannya menjatuhkan Perdana Menteri dan dia juga diketahui sumber wang yang hampir tidak terbatas.  Seterusnya menjadikan Mahathir sebagai suspek pembida tertinggi yang sedang dicari-cari sekarang.

Agak-agak mahukah Mahathir mengaku?

No comments:

Post a Comment