Kewujudan NGO bernama CAGM yang menawarkan wang tunai berjumlah RM 1 juta kepada siapa yang dapat mendedahkan sumber kekayaan Mahathir, dari pelbagai segi memang menarik untuk diperdebatkan.
Sementara ada yang bersetuju, ada juga yang curiga akan latar belakang NGO ini yang diketuai seorang bernama Md Zainal Abidin. Siapa dia, apa latar belakangnya dan motif dia membuat tawaran sedemikian pada waktu sekarang, semua terpacak dalam bentuk persoalan di kepala ramai orang.
Ada yang mendakwa CAGM ini dilatarbelakangkan oleh Mahathir sendiri dengan tujuan untuk menarik simpati rakyat kepadanya. Benda ini kalau betul, memang ada logiknya kerana pada awal kempennya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, ramai sokong Mahathir kerana dia kelihatan membawa 'fakta'.
Tapi sebaik dakwaan Mahathir mula dijawab satu persatu serta motifnya dipersoalkan dan Mahathir juga menjadikan keluarga Datuk Seri Najib sebagai sasaran serangan, ramai yang mula meluat dan tidak lagi menghormati bekas Perdana Menteri berkenaan.
Ini pun tidak menghairankan (meluat pada Mahathir) kerana bagi generasi dewasa hari ini yang membesar di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, semuanya tahu betapa liciknya si tua berusia 90 tahun ini mengekalkan kuasanya.
Kalau tidak, taklah wujud gelaran Mahafiraun, Mahazalim ni semua.
Malah ada yang mempersoalkan kepada penulis kenapa CAGM memberi 'hint' bahawa harta Mahathir mungkin disimpan di bank-bank pesisir pantai? Adakah ini satu teknik divertion bagi membeli masa untuk Mahathir memindahlan hartanya ke tempat lain?
Penulis bagaimanapun tidak melihat keperluan untuk meneruskan perkara ini lagi kerana kalaupun nilai kekayaan Mahathir berjaya dikesan, apa yang nak dibuat selapas itu, nak hantar masuk penjara? Dia dah tua, bila-bila boleh mati, hanya menambahkan simpati dan rasa benci kepada kerajaan saja.
No comments:
Post a Comment