Mahathir nampaknya mula mengurangkan tahap serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini dapat dilihat dalam kenyataan Mahathir di satu majlis di Kuala Lumpur dimana dia 'bersetuju' dengan keputusan Najib untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat 1MDB.
Cara Mahathir memang macam itulah, kalau dia mengaku, dia tak cakap mengaku, kalau setuju, dia tak cakap setuju. Berbeza kalau dia tak setuju, dia belasah semacam saja.
Pokoknya disini, dalam heboh ke sana ke mari mengumumkan tidak menyokong Perdana Menteri (macamlah Perdana Menteri kebulur sangat sokongan dia), ada satu perkara ini yang Mahathir bersetuju dengan Perdana Menteri.
Tapi dalam masa yang sama penulis harap keputusan merujuk kes siasatan 1MDB ke PAC ini tidak dianggap sebagai cadangan Mahathir pulak kerana jelas ia adalah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dari awal lagi.
Perkara ini penting disebutkan sebab kita tahu Mahathir sekarang didokong oleh sekumpulan pentaksub yang melihatnya sebagai manusia paling mulia di muka bumi serta sempurna serba serbi, takda buat satu kesalahan pun, bila kata maksum macam Nabi, pandai pulak nak angin.
Mahathir hanya bersetuju dengan keputusan yang dibuat sendiri oleh Perdana Menteri.
Kita juga mahu Mahathir sedar bahawa tindakan Perdana Menteri merujukkan kes 1MDB untuk pendengaran PAC ini adalah bukti bahawa Datuk Seri Najib tidak ada niat untuk menyembunyikan apa-apa.
No comments:
Post a Comment