Tuesday, June 23, 2015

Demi Kroni, Mahathir Terpaksa Guna Media Asing Serang Malaysia



Kolumnis terkenal The Star, Joceline Tan merumuskan gerakan Mahathir dalam kempennya untuk menumbang Datuk Seri Najib yang suatu ketika dahulu merupakan 'protege' kepada mantan Perdana Menteri itu telah menemui jalan buntu.

Ini kerana menurutnya, senario politik sekarang berbeza dengan situasi ketika Mahathir menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.




Melalui artikel tersebut Joceline turut memetik kenyataan ahli parlimen Titiwanga, Datuk Johari Ghani yang berkata UMNO mahu beri peluang kepada Najib untuk menyelesaikan isu 1MDB sama seperti peluang yang pernah diberikan kepada Mahathir ketika berdepan dengan salah urus dana yang melibatkan Perwaja, Bank Negara, isu Raja-Raja Melayu dan isu-isu yang pernah dikaikan ketika regim Mahathir suatu ketika dahulu.

Paling pelik apabila Mahathir dilihat semakin terdesak sehingga terpaksa melanggar prinsip yang pernah dipegangnya dengan menjadikan media asing sebagai tempat mengadu nasib untuk mencemuh negaranya sendiri seperti yang terjadi baru baru ini dengan NYT.

Pada kali ini ahli dan penyokong UMNO dilihat mula menolak gerakan Mahathir untuk menyingkirkan Najib kerana mereka telah menghidu motif sebenar tindakan Mahathir itu.

Ini kerana serangan Mahathir pada kali ini disebabkan banyak kehendak dan permintaan peribadinya tidak dilayan oleh Najib.

Menurut Joceline lagi, antara pendekatan Najib yang dilihat bijak, apabila Presiden UMNO itu segera bertindak memaklumkan kepada masyarakat mengenai niat sebenar Mahathir.

Malah melalui artikel terbaru bertajuk 'Legacy' yang disiarkan di dalam blognya, Mahathir mengakui  selama 22 tahun regim pemerintahannya, beliau telah mengumpul kekuatan dan pengaruh dikalangan kroni-kroninya yang diberi 'hak keistimewaan' sehingga berjaya menjadi kaya-raya.

Apabila Najib bertindak menarik kembali 'hak keistimewaan' ini, kesemua kroni belaan Mahathir ini kemudianya menjadi tulang belakang kepada gerakannya untuk menyingkirkan Najib.

Isu 1MDB yang dibangkitkan sebenarnya hanya 'alat' yang di pilih oleh Mahathir.

Apa yang jelas, Mahathir mengharapkan populariti yang dibina selama 22 tahun mampu mempengaruhi rakyat untuk sama-sama membantu nasib kroni-kroninya yang 'tertindas' setelah hidup bergelumang dengan kekayaan sejak sekian lama di bawah regim pemerintahannya.

Persoalannya sampai bilakah rakyat perlu diperkudakan untuk kepentingan kroni Mahathir?

No comments:

Post a Comment