Tuesday, June 23, 2015

Kerana Kuasa Dan Duit, Mahathir Dijadikan Alat Untuk Serang Najib



Gerakan Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dilihat semakin tertekan dan mula dipinggirkan.

Sejak peristiwa beliau 'merampas' program dialog 'Noting To Hide', sokongan terhadap beliau dan para penyokongnya dilihat semakin berkurangan dan tidak sekuat dahulu.



Masyakat mula mencurigai agenda dan motif sebenar mantan perdana menteri itu.

Ini kerana majlis yang pada mulaya mahu diadakan dengan niat agar pemimpin-pemimpin NGO dapat mendengar dan bersoal jawab mengenai isu 1MDB telah di ‘kidnap’ oleh gerombolan penyokong Dr Mahathir sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan oleh pihak berkuasa pada saat akhir.

Walaupun pelbagai tekanan diberikan, namun Perdana Menteri dilihat tidak mahu tunduk jauh sekali mahu mengaku kalah terhadap serangan bertali arus yang dilemparkan itu.

Mahathir seakan hilang arah kerana menyangkakan 'serangan' yang dilakukan mampu membuatkan Najib meletakkan jawatan seperti yang pernah dilakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.

Malah Najib berulang kali menyebut rakyat telah memilih Barisan Nasional untuk terus membentuk kerajaan secara proses demokrasi dan beliau juga telah dilantik selari dengan sistem yang diamalkan itu.

Maka, tidak ada sebab beliau harus tunduk dan meletak jawatan hanya kerana desakan seorang individu yang merasakan dirinya selalu betul dan orang lain WAJIB menjadi pak turut atas semua arahan dan kemahuannya.

Paling menarik apabila semua 'serangan' yang dilemparkan oleh Mahathir telah dijawab oleh 1MDB secara panjang lebar sekaligus menafikan semua dakwaan tersebut.

Namun seperti yang telah diduga, Mahathir bukan mahukan jawapan sebab itu ketika ditanya wartawan berhubung penjelasan yang diberikan oleh 1MDB itu beliau menolak untuk menerimanya.

Mahathir mendakwa kenyataan itu tidak disokong dengan sebarang bukti yang sahih.

Sedangkan sekiranya dikira dengan logik akal, semua dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir sebelum ini turut tidak mempunyai sebarang bukti yang sahih.

Kalau dahulu Mahathir mendakwa wang sebanyak RM42 bilion telah hilang, kemudian dia menukar kenyataannya kononnya 1MDB mempunyai hutang yang banyak.

Taktik tidak konsisten Mahathir itu jelas membuktikan dia tidak mempunyai fakta yang tepat dan boleh dipercayai.

Malah baru-baru ini Mahathir secara terbuka mengakui ada ahli-ahli politik tertentu yang datang berjumpa dengannya dan mendesak agar isu-isu seperti ini dimainkan bagi menyerang dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Ia secara tidak langsung membuktikan Mahathir sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak tertentu.

Apa yang jelas 'serangan' terhadap Najib ini sebenarnya merupakan ketidakpuasan hati kroni-kroninya yang kini tertekan apabila tidak lagi mampu mengaut keuntungan dari projek berbilion ringgit seperti yang pernah diamalkan ketika era pemerintahan Mahathir dahulu.

Serangan Dr Mahathir dengan membangkitkan isu 1MDB adalah bermotifkan kuasa dan wang ringgit.

Dr Mahathir tidak puas hati kerana banyak permintaannya seperti menghidupkan kembali projek jambatan bengkok dan juga suntikan dana ke dalam Proton tidak dilayan oleh Perdana Menteri.

Atas sebab kekecewaan peribadi Dr Mahathir kemudiannya menjadikan isu 1MDB sebagai peluang terbaik untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Yang pasti Najib bukan Pak Lah.

No comments:

Post a Comment