Sunday, June 21, 2015

Kucing Kurap - Bukti Ini Masalah Ego Mahathir Saja


Bila Tun Mahathir menggelarkan SAMM yang mencabarnya berdebat sebagai kucing kurap, jelas disitu isunya bukan sama ada SAMM itu kucing kurap atau tidak tapi ego Tun Mahathir yang berasakan dirinya terlalu besar dan istimewa.

Orang ini tidak berminat dengan penjelasan atau apa jenis dialog, dia hanya mahu menunjukkan berapa besar egonya sahaja.  Dia bekas Perdana Menteri 22 tahun ada gelaran Tun, anak-anak semua jutawan, siapa engkau nak ajak berdebat - macam itulah lebih kurang gambarannya.

Sombong betulkan.

Tindakan seumpama ini hanya merendahkan nama Mahathir yang sedia rendah.  Masa dia memerintah pun namanya dah buruk, bila buat perangai macam ini, namanya jauh lagi buruk.  Seolah-olah hanya dia saja manusia, orang lain tidak.

Hanya budak-budak yang baru kenal hidup saja yang menjunjung Mahathir kurang sedikit dari Tuhan.  Generasi yang lebih dewasa tahu bagaimana berlagaknya dia.

Kelakuan ini jauh berbeza dengan Datuk Seri Najib.  Datuk Seri Najib bersedia berjumpa dengan berbincang dengan siapa saja, asal dibuat dengan cara yang betul, bukan ada agenda-agenda lain yang tersurat.

Malah, kalau  tidak kerana program Nothing To Hide dihijack Mahathir dan samseng-samsengnya, Datuk Seri Najib dah pun berdialog dengan semua NGO terbabit dan beri penjelasan kerana itu pun yang penting.  

Bukan ego Mahathir.

Penulis nak pesan dengan Mahathir, tak usahlah nak berlagak sangat.  Tinggi mana pun jawatan tu, kaya mana pun anak-anak tu, dalam jamban, apa beza Mahathir dengan yang digelar kucing kurap ini pun?

No comments:

Post a Comment