KEJAYAAN negara mendapatkan satu kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), dibaca dari sudut pandangan mana sekalipun, adalah satu kejayaan besar untuk negara ini walaupun sebelum ini kita telah beberapa kali menduduki kerusi berkenaan.
Mendapat 187 undi dari 193 negara yang bernaung di bawah PBB itu sahaja membuktikan bahawa negara ini disenangi hampir semua negara di dunia - pengecualian kepada negara haram Israel dan sekutu-sekutunya, majoriti terdiri dari negara-negara kepulauan kecil yang bergantung kepada Israel untuk menguatkan pertahanan negara masing-masing.
Sama seperti Israel, pihak pembangkang di Malaysia sehabis mungkin cuba merendahkan pencapaian tersebut, dibaca dari beberapa kenyataan (atau tidak langsung mengeluarkan kenyataan) semalam.
Hakikatnya kejayaan ini bukan datang dengan sendiri sebaliknya hasil pendekatan wassatiyyah (berimbang) yang diambil pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mula berkuasa pada April 2009.
Tidak seperti pentadbiran Mahathir dulu yang hampir mencetuskan konflik antarabangsa dengan menuduh Yahudi (bukan Israel atau Zionis) menggunakan proksi untuk menguasai dunia, pendekatan Najib hari ini lebih bersederhanadan berimbang dalam semua keadaan.
Konflik, kalau ada diselesaikan dalam keadaan terbaik.
Dua konflik yang memperlihatkan kesederhanaan Najib ialah ketika lanun Sulu menceroboh Sabah tahun lepas dan sewaktu berunding dengan kumpulan pemisah pro Rusia di Ukraine untuk mendapatkan kotak hitam dan mayat penumpah MH17 yang ditembak jatuh.
Ramai percaya, semua inilah yang menjadi faktor utama kenapa 187 negara berkenaan menyokong pencalonan Malaysia untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB ini.
No comments:
Post a Comment