Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam entry terbaru blognya di www.chedet.cc meneruskan kritikannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Cuma pendekatan dalam kritikan kali ini nampak lebih kepada meluahkan rasa tidak puas hati mantan Perdana Menteri ke-4 itu terhadap Najib yang dikatakan tidak mendengar nasihatnya walapun dalam masa yang sama Mahathir mengakui Najib tidak ada kewajiban untuk mengikut nasihat tersebut.
Ke tahap Mahathir menyamakan dirinya sebagai Residen British pada zaman penjajah dulu dan Najib sebagai raja-raja Melayu yang wajib mendengar nasihat Residen ini.

Antara lain, Mahathir mahu Najib membatalkan pemberian tunai terhadap rakyat melalui BR1M, mendengar dan memberi bantuan lebih banyak kepada orang Melayu berbanding orang bukan Melayu dan sebagainya.
Cakap macam senang. Nak tarik subsidi minyak yang Mahathir mula perkenalkan pada tahun 1984 dulu pun begitu sukar sekali walaupun subsidi itu sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa ekonomi negara.
Maklumlah, tahun 1984 dulu satu kampung satu kereta, hari ini satu rumah pun dah 2 atau 3 kereta.

Untuk mendapat perhatian Najib, Mahathir sengaja membuat perbandingan antara pencapaian Najib dalam PRU13 tahun lepas dengan pencapaian mantan Perdana Menteri kelima dalam PRU12 pada tahun 2008 yang mana menurutnya Paklah lebih baik dari Najib.
Nak berhujah dari segi jumlah keseluruhan, Mahathir menanglah. Memang Paklah dulu dapat 140 kerusi parlimen, berbanding Najib, 133 kerusi parlimen (tambah 1 lagi setelah berjaya merampas Teluk Intan dari DAP menjadi 134).
Tapi Mahathir gagal melihat kejayaan Najib mengembalikan semula Kedah dan mengekalkan kuasa di Perak yang mana BN tumpas dalam PRU12 yang lepas. Mahathir juga gagal melihat bagaimana UMNO berjaya menambah 9 kerusi parlimen kepada 88 kerusi dalam PRU13 berbanding hanya 79 kerusi parlimen dalam PRU12.
Ini tidak mengejutkan kerana Mahathir memang diketahui kurang bergantung kepada jumlah kerusi parlimen dari UMNO untuk mengekalkan majoriti 2/3 BN sepanjang 22 tahun mengetuai komponen politik tersebut
Buktinya boleh dilihat dalam PRU1990 dan 1999 dimana pada waktu itu undi Melayu terhadap BN merosot dengan teruk akibat perpecahan dalam UMNO lanjutan dari kewujudan S46 dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, BN yang Mahathir pimpin diselamatkan oleh undi bukan Melayu, terutama undi Cina.
Dalam tahun 1999 umpamanya, kemerosotan undi Melayu terhadap BN begitu ketara sekali dengan BN hilang kuasa di Terengganu (negeri majoriti Melayu) dan gagal menawan Kelantan.
-bersambung-
-bersambung-
No comments:
Post a Comment