Tuesday, October 21, 2014

Azhar Idrus, Nik Aziz Sindir Dr Asri Yang Sokong Kempen Peluk Anjing




Penceramah popular Ustaz Ahar Idrus jelas sekali menetang kenyataan bahawa tiada masalah membela atau memeluk anjing seperti yang cuba digambarkan oleh sebahagian orang termasuk bekas mufti yang selalu memberi idea agak liberal, Dr Asri Zainul Abidin.



Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza menyatakan pandangan haram bagi umat Islam untuk menyentuh atau memegang anjing merupakan satu kesimpulan hukum yang cetek.

Dr Maza yang terkenal dengan pandangan-pandangan kontroversi menyatakan berdasarkan pandangan ulama tersohor dan beberapa mazhab, menyentuh anjing hukumnya tidak haram.

“Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

“Haramlah juga mereka yang bekerja membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek,” katanya.

Bagaimanapun pandangan Maza ini jelas tidak dipersetujui oleh Mursyidul AM Pas, Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ sebagai kerja orang tiada otak.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, terdapat pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan umat Islam berbanding memegang anjing tanpa alasan kukuh.

“Apabila keluar berita orang ramai pegang anjing, dalam kepala (mereka) tiada otak, tetapi ada ulat. Tidak munasabah orang Melayu, Islam sengaja himpun ramai-ramai pegang anjing,” katanya.

-by Soc

No comments:

Post a Comment