Kebelakangan ini ada beberapa cubaan untuk mejejaskan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan dakwaan salah pengurusan oleh 1 Malaysia Devolepment Berhad (1MDB). Sementara kita faham parti-parti pembangkang menjadi dalang utama disebalik serangan terbaru ini, tapi bila Dr. Mahathir berkongsi platform yang sama dengan pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dalam mengutuk dana yang telah melakukan banyak untuk agama, bangsa dan negara ini, ia adalah satu cerita yang berlainan sama sekali.
Walaupun adalah menjadi hak Perdana Menteri untuk kekal berdiam diri tentang apa-apa urusan berkaitan dengan 1MDB, penggunaan kata sindirian secara keterlaluan oleh Dr Mahathir boleh mengelirukan rakyat serta membawa lebih banyak salah faham (seperti dalam episod menyentuh anjing). Sudah ada beberapa blogger UMNO yang termakan dengan umpan ini dan mula mempersoalkan kebijakan Perdana Menteri dan penasihat-penasihatnya. Ditakuti, ada Ketua Bahagian UMNO pun yang mungkin terpengaruh dengan pandangan yang diberikan Dr. Mahathir seterusnya gagal menghargai Perdana Menteri secukupnya (berkaitan isu ini) dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
Seterusnya, tugas untuk mempertahankan 1MDB dalam isu yang berkaitan ini, telah jatuh kepada saya sebagai Pengerusi NGO maya yang baru ditubuhkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1 Malaysia (PBB1M).
Dalam serangannya ke atas 1MDB, Dr. Mahathir menuduh perkara-perkara berikut. Dibawah ini, saya akan menyenaraikan tuduhan (Dr. Mahathir) ke atas 1MDB dan jawapan untuk menangkis tuduhan tersebut, demi kepentingan awam, khususnya Ketua Bahagian UMNO.
- Membayar kadar faedah tinggi yang tidak masuk akal untuk meminjam wang
Isu ini menunjukkan kecetekan pengetahuan Dr. Mahathir tentang kewangan, yang mana lebih memalukan setelah mengambil kira hakikat bahawa beliau adalah bekas Menteri Kewangan. 1MDB meminjam wang selama 30 tahun untuk disamakan dengan jangkaan aliran tunai yang akan diperolehi, dengan jangkaan sama (aliran tunai) untuk membiayainya. Bila kita meminjam selama 30 tahun, kita mesti menggunakan jangkaan kadar faedah selama 30 tahun juga dan bukan 10-20 tahun. Pasaran pada masa itu telah menilai jaminan kerajaan Malaysia dengan tempoh matang berbaki 20 tahun pada kadar 4.8% dan bukan 4.0%.
Tapi (memandangkan) 1MDB memerlukan wang selama 30 tahun, ia perlu membayar pada kadar faedah yang lebih tinggi kerana tempoh pinjaman yang lama meningkatkan kadar faedah. Jadi, membayar tambahan 100 poin asas bukanlah sesuatu di luar kebiasaan, terutama bila pengeluaran (pinjaman) agak besar sedangkan pemberi peminjam secara relatifnya masih baru.
- Membayar yuran dan komisen sebanyak US$473 juta kepada Golden Sachs untuk menanggung kemudahan pinjaman US Dollar sebanyak US$4.554 billion. Dr. Mahathir berhujah bahawa yuran ini terlalu tinggi memandangkan sebuah bank yang hebat pun hanya membayar US$10 juta untuk menguruskan kemudahan pinjaman sebanyak US$800 juta untuk Equisar International, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Sarawak.
- Membayar pada harga tinggi untuk memperolehi aset janakuasa.
Berapa ramai dari kalangan orang bumiputera yang berjaya terlibat dalam IPO Google?
Kesimpulannya, rakyat perlu mengabaikan karut marut yang dicipta Dr. Mahathir dan lebih fokus kepada menyokong Perdana Menteri. Yakinlah bahawa Perdana Menteri sedar tentang perincian kewangan berkaitan 1MDB ini.
No comments:
Post a Comment