Tindakan polis menyuraikan keganasan yang dicetuskan penyokongnya, adalah satu kelebihan Anwar dalam mendapat simpat rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa terhadap kes yang sedang dihadapinya.
Isu keganasan polis ini sudah jadi macam masalah global, dimana-mana pun sama. Jadi tak susah nak tarik simpati orang kalau perkara itu berlaku.
Dalam kes Anwar, walaupun tindakan polis itu tak berkaitan langsung dengan tuduhan liwat yang dihadapinya, tapi seolah-olah wujud satu kepercayaan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis itu menunjukkan wujud konspirasi tertinggi untuk mengenakan Anwar.
Macam mana, bagaimana? Itu jangan tanya penulis, tanya mereka.
Tapi kebelakangan ini nampaknya polis dah semakin bijak. Sedar bahawa polis sengaja diprovokasi untuk mengambil tindakan terhadap keganasan penyokong pembangkang supaya boleh dipolitikkan, maka beberapa pendekatan baru diambil.
Antaranya, buat pekak,buat bodoh, sengaja tidak campur tangan dan yang seumpama dengannya.
Inilah yang berlaku di Istana Keadilan Putrajaya pagi tadi, cubaan pembangkang memprovokasi polis dengan mengacah untuk merempuh pagar menghala ke bangunan Mahkamah, tidak berjaya.
Semalam, kerjasama segelintir pelajar dengan pengurusan Universiti Malaya pro pembangkang untuk merempuh pintu pagar utama Universiti berkenaan yang di dakwa cuba menghalang Anwar dari berceramah, juga gagal mendapat perhatian polis.
Anwar pastinya mati kutu dengan pendekatan terbaru pihak polis ini. Hilang satu modal pentingnya untuk terus mengelirukan rakyat - keganasan polis.
No comments:
Post a Comment