Sunday, October 12, 2014

Orang Tak Berapa Kaya Pun Guna Minyak Juga


WALAUPUN faham dengan justifikasi kerajaan mengurangkan subsidi minyak sehingga menyebabkan kenaikan harga bahan petroleum tersebut di pasaran tempatan, tapi wajib diakui bahawa kenaikan tersebut memang memberi kesan kepada poket majoriti pengguna.

Macam dalam sesetengah kes, ada pengguna yang menanggung kos tambahan sehingga RM 50 sebulan - jumlah yang kelihatannya kecil tapi memberi kesan sedikit sebanyak kepada keluarga/individu yang perbelanjaannya cukup-cukup makan.

Bolehlah dihujahkan macam-macam jalan bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan balik untuk menampung kenaikan, realitinya pun setiap orang tahu bagaimana nak 'adjust' perbelanjaan sedia ada untuk menampung kenaikan harga minyak

Tapi satu yang pasti, setiap kali isi minyak, sudah lebih ramai orang perasaan jumlah yang memenuhi tangki semakin lama semakin menyusut dengan jumlah wang yang sama.  Perkara ini bukan dikutip dari data yang disediakan agensi macam PEMANDU, tapi realiti yang kita lihat hari-hari berlaku depan mata.

Belum lagi kita sebutkan tindakan peniaga tertentu naikkan harga (terutama yang makan di luar) secara sikit-sikit tanpa kita sedar.  Sekali lagi, mungkin ada yang nasihat kurangkan makan luar - nasihat yang terpakai pada yang duduk di kampung atau isteri surirumah, tapi bagi yang bekerja di bandar, nak-nak suami isteri bekerja, lebih senang cakap dari buat.

Untuk golongan yang seperti inilah kerajaan perlu beri perhatian dan langkah mengurangkan cukai pendapatan tu, sedikit sebanyak memang membantu cuma tak tahu lagi bantu sebesar mana.  Terutamanya, dapatkah pengurangan cukai tersebut membantu menampung kos minyak yang naik?

Lagipun kuatkuasa pengurangan cukai ini tahun depan, minyak dah naik tahun ini.

Untuk menjaga hati rakyat yang masuk kelompok 'cukup-cukup makan' ini, pemimpin kerajaan diminta kurang-kuranglah cakap orang kaya saja dapat untung bila minyak murah sebab realitinya tak semua begitu.  

Ada juga yang betul-betul guna minyak untuk keperluan ulang alik kerja, menguruskan keluarga dan sebagainya, terkesan dengan kenaikan ini tapi mereka ini tak 'kaya' mana pun.

Itu sajalah nak cakap.

No comments:

Post a Comment